Pelakon dan Pelawak terkemuka Bob Kuman telah 
meninggal dunia di kediaman beliau sekitar jam 4:38 petang ini.
Ianya telah disahkan jururawat peribadi beliau 
Farid Hamzah dan Presiden SENIMAN Harun Salim Bachik sebentar tadi. Beberapa 
artis juga telah memberi ucapan takziah menerusi laman sosial Twitter sejak 
mendapat berita kematian beliau.
 Bob Kuman atau nama sebenar Husni Mohd Rawi 
sebelum ini  telah menderita akibat beberapa buah penyakit yang dihadapinya akan 
tetapi tahap kesihatan beliau semakin kritikal setelah  terjatuh di set 
penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun 
lalu.
 Berita kematian beliau pernah tersebar beberapa 
minggu yang lalu menerusi beberapa laman blog hiburan. Akan tetapi beliau 
sendiri telah menafikan dakwaan tersebut malah melahirkan rasa kesal atas fitnah 
yang dilemparkan terhadapnya.
Kali terakhir Bob Kuman beraksi di kaca 
televisyen pada Program Realiti Maharaja Lawak Mega di saluran Astro Warna 
bersama Sobri dengan penampilan sebagai Kumpulan Bawal.
 Bob Kuman mula berkecimpung di dalam dunia seni 
menerusi bidang nyanyian setelah tampil bersama rakan beliau Kumin dengan 
menubuhkan Kumpulan KU2 sekitar tahun 1990an.
AL minat dia ni..AL igt lagi kasut Vans yang dia pakai dulu...lawa...Alfatihah untuk beliau
No comments:
Post a Comment