Menurut sumber laman ESPNSTAR.my, kelab Liga Super China, Shanghai  Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam  Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia. Pada November 2011, Tam Sheang  Tsung yang berasal dari Malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai  Shenhua. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut  sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten.
Kelab itu seterusnya telah membuat keputusan  untuk menandatangi Tam secara rasmi. Tam pemain bola sepak kaki kanan yang  berbakat dilahirkan di Tokyo, Jepun pada tahun 1995. Dia yang berkerakyatan  Malaysia telah mengikut ibu bapanya ke Jepun atas urusan perniagaan dan telah  membesar di sana. Ibu bapa Tam, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik  sebuah retoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun yang lepas.
Tam sudah mula bermain bola sepak pada usia 9  tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah  memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15. Pada umur 14 tahun dia telah di  hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian  pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk  latihan selama tiga bulan.
Pada tahun 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2,  Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam  sejarah bola sepak profesional Jepun. Walaupun dia pemain muda yang berbakat  dari, dia tidak terkenal di Malaysia mahupun di Jepun. Tetapi penyertaannya ke  kelab Shanghai Shenhua telah menarik perhatian Menteri Konsul Am Malaysia di  Shanghai, Hendy Assan sebagai saksi penandatangan kontrak. Jurulatih Shanghai  Shenhua sekarang ini adalah bekas pemain Chelsea, Nicolas Anelka yang juga masih  pemain di Shenhua.
Agak2 nak ka dia main utk team Malaysia??? hehe
Sumber Ammboi.com
.jpg)
No comments:
Post a Comment