Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

29 August 2012

Fakta & Perbezaan Tentang Anak Mami dan Orang Yang Berasal dari penang

Penyataan Rasmi : Bukan Semua Orang Penang adalah Anak Mami. Sekian terima kasih noktah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara ini ditimbulkan dalam satu sembang-sembang ringan bersama rakan kecantikan i olls tidak lama dahulu. Mereka meluahkan kepada akak.

"Aku sangat tensyen bila pi balik rumah mentua aku, depa bila tau aku orang Penang, depa akan exclaimed kuat-kuat - NI MESTI ANAK MAMI?" kata kawan akak yang sesungguhnya tidak ada rupa langsung anak mami kerana beliau adalah keturunan Acheh campur dengan Arab dari Yemen.

"Haa....aku pun bara orang yang suka tanya benda macam tu. Masa time study dulu lagi laa ser.....Bila depa tau saja aku ni dari Penang. Nenjia mesti akan depa kata - KO NI MESTI ANAK MAMI? Awat pasaipa kat Penang ni semua hanya ada bangsa Mami dan Mamu sahaja ka? Habis tu Melayu - Burma tak wujud? Melayu Cina tak wujud? Melayu Siam tak wujud? Boyan Venezuela macam Jumie tak wujud?" KANNNNNNNNNNNNNNNNN---- tiba tiba akak dicarut oleh wanita Melayu Banjar ini.


Kesalahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen
Akak setuju dengan penyataan rakan-rakan akak. Akak ingin meletakkan kesalahan ini kepada Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen iaitu pengarah filem-filem genre komedi yang banyak mengarah dan menerbitkan komedi orang Penang seperti Anak Mami, Mami Jarum dan segala-galanya.

Kesalahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen adalah kerana dia menjemput semua pelakon-pelakon yang tidak MAMI langsung dan disuruh berlakon menjadi mami.

Contohnya orang yang bukan mami ialah seperti : Rita Rudaini! Kartina Aziz! Rosnah Mat Aris! Waheeda Wasini!

Depa-depa yang akak sebut kat atas mungkin boleh bercakap Penang dengan meletops (tapi agak over sikit) tapi sebenarnya depa tidak mewakili keunikan dan keaslian anak mami Penang yang sebenar. Depa bukan anak mami. Kalau pun depa hanya pelakon, tapi depa bukan anak mami. Perumpamaannya adalah seperti hang amik orang Afrika yang hitam macam Alek Wek dan suruh dia berlakon jadi watak "
Rose DeWitt Bukater" dalam filem Titanic iaitu seorang wanita bangsawan Inggeris. Walaupun wanita Afrika berkulit Alek Wek itu fasih berbahasa Inggeris dengan sland British Toktok, tapi.............................DIA BUKAN WANITA INGGERIS U OLLS!

Mungkin ampa semua orang Pahang orang Terengganu tak akan faham apa yang kami maksudkan, tapi wahai Prof. Madya
Abdul Razak Mohaideen...U SHOULD KNOW BETTER! At least pelakon macam Fasha Sandha, Vanida Imran, Faezah Elai dan Zahida Rafik......haaaa! Depa ada iras-iras anak mami sikit.


Kalau ampa ingat cerita drama Anak Mami yang pertama lakonan
Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, Farouk Hussein, Shazlin Shahbi dan beberapa mami real punya dari Penang.............ITULAH BETUL BETUL CERITA ANAK MAMI YANG PALING AKAK SUKA SEBAB SEMUA KARAKTER MEMANG REAL MAMI!

Impak Buruk dari Filem Anak Mami dan Mami Jarum Series?
U olls! Sebenarnya filem-filem Anak Mami dan Mami Jarum Series banyak memberikan impak buruk kepada imej orang Penang. Salah satunya, semua orang Melesia anggap "SEMUA ORANG PENANG ADALAH ANAK MAMI!"

Seterusnya, semua orang Melesia mempunyai tanggapan bahawa "SEMUA ORANG PENANG GILA BARANG EMAS!"

Dalam satu insiden, kawan I olls dah kawen, dia ada anak kecik umur 3 tahun. Anak dia girl. Satu hari anak dia main dengan satu anak lelaki kawan depa, orang KL. So, depa pun duk gurau gurau la. "Nanti dah besar kita bagi kawen la dua orang ni," Pastu si mak bapak KL tu menyahur "SUSAHLAH KAWEN ORANG PENANG...KENA BELI GELANG EMAS BESAK BESAK,"

Ammmmmmmmmmmmmmmboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....awat??? Sampai macam tu sekali ka.


Dalam satu insiden lain, yang diluahkan oleh rakan sepejabat dengan I olls. Dia pernah mewakili USM untuk pi sukan antara jabatan kerajaan kat KL. So masa they olls semua berarak di tengah-tengah stadium, bila kontijen USM PULAU PINANG yang berjalan...Nenjiaaaaaaaaaaaaaa....satu stadium keriau "MAMI JARUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!! MAMI JARUMMM!!!!!!!!!!"

Kawan I olls kata dia sangat malu dan sangat marah. Tapi tak boleh nak buat apa. Satu Melesia ingat Mami Jarum adalah satu simbol wanita komedi yang menggelikan hati. Hakikat dalam masyarakat orang Penang, mami jarum adalah satu simbol yang amat negatif .




Mami jarum adalah seorang yang bukan sahaja suka mengambil tahu hal orang, dia juga seorang yang suka melaga-lagakan orang untuk bergaduh, pembawa cerita dan paling ngeri penfitnah. So...........do you think u suka kalau orang panggil u PENFITNAH? U suka orang panggil u kepoci? U suka orang tuduh u memporak perandakan hubungan silaturahim? Mungkin
Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen telah berjaya meng-komedikan watak mami jarum, namun hakikat dalam masyarakat anak jati Penang......MAMI JARUM adalah satu satu jolokan gurauan paling rendah dalam kasta komuniti masyarakat orang Penang.

So next time u nak panggil kawan Penangite u mami jarum, u pikiak 7 kali.

Apa itu anak mami dan mamu?

Kalau kat Penang, anak mami dan anak mamu ni ialah mereka yang mempunyai darah keturunan India atau Pakistan. Dulu India dan Pakistan kan satu Negara. Depa panggil diri depa Hindustani. So kita boleh tengok kulit depa sama ada gelap, mocha, ataupun putih terus ala-ala Hindustan. Mata mesti bulat. Bulu mata melentik. Bulu roma mesti banyak. (Adik-adik yang banyak bulu roma kaki dan tangan tapi malas nak pi wax...kalau jantan tanya depa...awat banyak bulu? Depa akan kata... I anak mami. BUREDYU.COM)

Paling ketara.........TANG HIDUNG!! Hidung depa mesti tinggi. Kalau nak disimpulkan, anak mami ni muka depa mesti ala-ala Hindustan sikit. Berikut adalah contoh gambar kawan-kawan akak dan para selebriti Melesia yang seriesly memang anak mami. Tapi kecantikan dan keunikan mereka tidak stereotype kerana sekarang ni dah tahun 2012. Anak mami dah campur macam-macam DNA dah. Muka pun dah macam-macam.




Haleesa Mustapha. Kawan baik i olls. Bapak dia memang mamu Penang meletops. Campur dengan Mak Yam Melayu Boyan. Anak jadi - Anak Mami Latin.



Dia Fid. Anak mami.


Faezah Elai, akak pasti dia anak mami. Tapi sangat meletops.


Mama Zarina Abdul Rahman. HARUS! Contoh anak mami yang berjaya


Faridah Merican. Bapak mamak, mak keturunan Melayu Taiping. Hasil....Faridah Merican


Keluarga Datuk Sharizat berasal dari Penang. She is anak mami u olls.

Pulau Pinang adalah melting pot of many cultures yang mai berdagang kat negeri ni sejak zaman Francis Light lagi. Kalau nak ikut Melayu asal yang duduk kat Penang pada zaman dahulu adalah orang Kubang Semang, lepas Francis Light mai, depa semua lari pi duduk kat area Kubang Semang Bukit Mertajam. So kat Georgetown Penang ni penuh dengan pelbagai bangsa dan budaya daripada seluruh dunia. Ada dari India, China, Armenia, Inggeris, Israel, Burma, Siam, Indonesia dan macam-macam lagi.

Anak mami adalah mereka yang sekarang ini merupakan leluhur tok nenek moyang yang berdarah Hindustani / India u olls! Dan mereka juga adalah adalah keturunan yang paling ramai kat Penang ini especially kat area Georgetown, Tanjung Tokong dan Teluk Bahang.

Kalau akak nak cerita lebih terperinci tentang keturunan anak mami ni boleh buat satu thesis. Tapi takpayahlah akak nak cerita dengan lebih terperinci kerana keturunan anak mami sekarang ni pun dah makin pupus kerana sekarang ni dah banyak sangat perkahwinan antara budaya dan kaum. So, anak-anak mami pure ni semua bukan sahaja makin berkurangan, malah yang ada sikit celonet ni pun bukan semua pun nak mengaku depa anak mami.

Bila kata saja "Hang ni anak mami ka?" Nenjiaaa dan dan muka naik merah padam dan kata "Tak lah!! Bapak aku keturunan Arab............" Tiba---------tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Wallah hu alam u olls. Ada juga Arab yang kulit gelap.

I understand why sesetengah anak mamak dan anak mami tak mau ngaku keturunan depa. Sebabnya kat Penang ni, selalu anak mami dan anak mamak mempunyai imej yang tak berapa nak best untuk dibanggakan. Tapi biasalah, kita ni orang Melesia, kalau tak kutuk bangsa lain, memang tak sah la kan. Macamlah keturunan kita ni perfect sangat. Melayu pun kita kutuk, Cina pun kita kutuk, India pun kita kutuk, Boyan pun kena kutuk.....semua pun kena kutuk laa!!

Samalah macam I olls orang Bawean, tak semua anak Boyan yang mengaku dia Boyan. Kadang-kadang bapak dia Boyan, mak dia Pakistan. So dia tak akan mengaku dia Boyan. Dia akan kata dia keturunan Pakistan. Itu personal choice dia.

Yang penting sekali, siapa pun diri kita. Kalau kita betul-betul bangga dengan jati diri kita tanpa berusaha untuk menjadi orang lain, sesungguhnya rasa bangga dan keyakinan itu akan lahir secara necerel dan sekaligus membantu kita untuk berjaya dalam hidup kita.

Sekian, janganlah mengatakan bahawa semua anak Penang adalah anak mami. Kerana hakikatnya, bukan SEMUA anak Penang adalah Anak Mami.

Untunglah orang Kelantan, orang Pahang, orang Johor...takdak sapa pun buat filem pasai orang negeri ampa. Kami orang Penang dan orang KL la duk kena. Orang Penang = Anak Mami / Mami Jarum. Orang KL = Gangster / Bohsia / Mat Rempit.


Love,

Jumie Samsudin
Wanita Berdarah Boyan dan Latin (Venezuela)


Haaaaaa...dua kat bawah ni.........memang pure mamak la u olls! Tak dapat disangkal. Kalau duk buat tak ngaku aku tak tau nak kata apa. 
 
 
 
 
Sumber dari Jumie Shamsudin

3 comments:

TecerWidad said...

hahaha. lawak la. suka baca blog yg tulis dialek utagha

anak liar said...

hehe...

aliya said...

anak mami dengan mamak ok lagi dari anak kelantan semua negeri anti tah kenapa