Assalamualaikum dan
Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
PH banyak menerima mesej yang
bertanyakan mengenai bolehkah kucing diberi ubat Panadol apabila mereka
demam..?? Ada pertanyaan sebegini ditanya di secara 'public' dan ada pula
individu yang komen :
"Mak saya pernah bagi
Panadol kat kucing masa kucing dia demam dulu...OK jer...Tapi bagi sikit jer
la.."
Ini semua adalah 'testimoni' yang boleh
membahayakan orang lain...Kalau kita tiada ilmu di dalam sesuatu bidang, usahlah
kita pandai-pandai nak buat sebarang kenyataan...Ianya mungkin boleh
memudaratkan orang lain yang benar-benar ingin mendapatkan
kepastian...
Nah..!!! Ini adalah informasi dan
nasihat dari Dr. Azlan mengenai nasib kucing yang telah dihantar kepada beliau
di mana kucing tersebut telah diberi Panadol oleh pemiliknya :
"Salam semua, kebetulan
minggu lepas saya menerima 2 kes Panadol Toxicity dan salah seekor sesak nafas
dan seekor lagi mukanya membengkak. Malangnya kucing yang sesak nafas tersebut
tidak dapat diselamatkan, keadaannya juga sangat tenat. Yang muka membengkak
alhamdulillah sudah balik ke rumah, mungkin sebab ownernya memberi sedikit
sahaja panadol. Buat mereka yang suka memberi kucing makan panadol bila mereka
murung, HENTIKAN!!!! PANADOL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN!! Menangis pun tiada
guna lagi.. sebarkan pada orang ramai supaya tiada lagi yang memberi panadol
pada kucing. Consult dengan vet anda sebelum memberi ubat pada kucing sendiri,
wallah hua'lam"
Ramuan di dalam Panadol boleh
menggagalkan fungsi organ dalaman kucing seperti hati, buah pinggang malah
jantung pun sama....
Nota PH
:
Sudah terang lagi
bersuluh...Usah kita pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri tanpa ada
justifikasi yang kukuh dari segi fakta...Kalau prihatin, kongsikanlah informasi
ini kepada rakan-rakan anda yer...
Ingat..!! Panadol boleh membunuh...!!! Banyak ubat-ubat
manusia tidak boleh diberikan kepada kucing...Untuk sebarang pertanyaan maklumat
kesihatan kucing, sila rujuk pada Dr. Azlan ( LINK ) dan Dr. Zul
atau Misi Rizal ( LINK )...
Sekian.
Sumber dari Kakimotong
No comments:
Post a Comment