Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

21 September 2010

Panduan memohon penukaran enjin

Setelah 2 tahun mendaftar untuk buat blog,baru sekarang gua nk start menulis.Ni satu maklumat berguna dari website JPJ.Sahabat2 sekalian,buat sapa2 yang dah tukaq enjin tu dan nak register enjin,xpayah nk dapatkan khidmat runner kalau keta hampa semua xdak salah,gua sendiri pun tersilap baru ni dapatkan khidmat runner untuk kawan gua,ni panduan lengkap utk proses penukaran enjin.huhu (RM Free kt JPJ,bayaq kat Puspakom)






Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.

JENIS-JENIS PERMOHONAN

  1. Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
  2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
  3. Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
  4. Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
  5. Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
  6. Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)

PROTON <-> a) MITSUBISHI
b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)
c) CITROEN ( TIARA)
* penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PERODUA <-> DAIHATSU / TOYOTA
FORD <-> MAZDA
PEUGOT <-> CITROEN
HICOM <-> ISUZU

?SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:
  1. Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
  2. Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
  3. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
  4. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
  5. Tidak melebihi enjin berkeupayaaan 2000cc untuk kenderaan model proton selain proton perdana.
  6. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
  7. Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:
  1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  2. Bil/Resit belian enjin yang asal
  3. Laporan Kastam K1 yang asal
  4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Bagi Kategori 2 hingga 6

Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
  1. icon Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
  2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  3. Salinan bil/resit belian enjin
  4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
  2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  3. Bil/Resit belian enjin yang asal
  4. Laporan Kastam K1 yang asal
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
  6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

Kadar bayaran

Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif

Makluman

Permohonan Penukaran Enjin boleh dilakukan di Pejabat JPJ Negeri.

No comments: