Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label Suratkhabar terbalik. Show all posts
Showing posts with label Suratkhabar terbalik. Show all posts

16 July 2014

Gambar Kereta CDM 25 ,Di Felda Bandar Jengka, Pahang

DAHSYAT!!!! .. SAMPAI WAKTU MALAM ADA ORANG SANGGUP RAKAM GAMBAR KERETA KAK LONG CDM 25 YANG PARKIR DIRUMAH ORANG TUANYA DI FELDA LEPAR UTARA 8, BANDAR JENGKA, PAHANG.


Aduh!!!!! sampai begitu sekali ada rakyat yang berang dengan sikap Kak Long CDM 25 sampai sanggup pergi rakam kereta berkenaan dirumah orang tuanya di Ladang Felda Lepar Utara 8, Bandar Jengka, Pahang.

Siang tadi rakaman gambar cuba nak sorok dengan menggunakan penyidai kain.

Omak Kau ingat cukuplah Kak Long diserang dialam siber .. Dia pun diberitakan sudah insaf dan melutut mohon maaf.

Yang pasti hidup Kak Long CDM 25 sudah tidak seperti dulu .. beliau cukup terkenal sekarang ini di kedudukkan yang salah.. suatu pengajaran kepada semua termasuk diri Omak Kau jua.

Sekarang ini dunia sedang memerhatikan kita dengan kecanggihan alat perakam .. silap tempat dan masa jika buat hal dan onar maka perbuatan kita akan dirakam dan dimuat naik di youtube.

Omak Kau nasihat ikhlas kepada Kak Long CDM 25 .. juallah kereta tu atau tukar nombor plate dalam kadar segera.
SUmber

13 January 2014

Pelaksanaan Hukum Hudud Di Brunei



Kandungan-Hudud-Di-Negara-Brunei-Darussalam

Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni


LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198 

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236 

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali. 

KHALWAT 196. 

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna

(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat, 

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194. 

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya. 

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195. 

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan. 

HUKUMAN ZINA 69. 

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –

(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-

(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2). 

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR 

BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka: kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.

-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
(so takdelah kena potong sampai 4 kerat)….

Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.
Pengecualian :

-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau senbaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…
Untuk pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.
*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…

sumber

19 April 2013

BENDERA MALAYSIA DIBAKAR OLEH BEKAS PEGAWAI POLIS!!!


Gambar di atas menunjukkan bekas pegawai polis Filipina,sedang membakar bendera Malaysia ketika demonstrasi kononnya mengecam tindakan pihak keselamatan Malaysia bertindak ke atas pengganas Sulu di Manila semalam.

Tindakan pasukan keselamatan Malaysia adalah demi menjaga maruah dan kedaulatan negara selepas rundingan yang memakan masa lebih tiga minggu bersama pihak pengganas menemui jalan buntu.





25 March 2013

Mohd Farizal hina lagu NEGARAKU, kutuk PM anjing nazak

Mohd Farizal hina lagu NEGARAKU, kutuk PM macam anjing nazak - Lagi kes seorang lelaki pemilik akaun Facebook Mohd Farizal yang terang-terangan menghina lagu NEGARAKU dengan mengubah liriknya menjadi lagu kutukan dan sumpahan. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menggelar PM Najib sebagai anjing nazak. Korang boleh baca tulisan dan gubahan Mohd Farizal yang amat tidak patut dan tidak melambangkan sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
 

GEMPAR !!! dan TERKINI !!! : sakit jantung kalu KIRAM III tau nie - Sultan Baru Muncul " Bertaraf MAHAWANGSA

berikut petikan dari kata2 beliau di fb:

~Kepada semua rakyat Beta di Indonesia,Selatan Thai(Thailand),Selatan Filipina(Sulu) dan seluruh Nusantara nantikan kemunculan Beta di sana nanti. InshaaAllah...Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Raja Nusantara

~Kepada rakyat Kedah semua Beta lah Sultan Kedah sekarang yang sebenar secara tidak rasmi nya,juga merangkap Yang DiPertuan Agong Malaysia, InshaaAllah dalam masa yang terdekat pihak Istana Kedah dan Istana Negara akan istiharkan nya secara rasmi kepada rakyat. Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II

merangkap YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA?? perhhhh!


Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.

FB :
http://www.facebook.com/rajanusantaragroup.eplnusantara


 
Sumber Blog Hangit

23 March 2013

11 Kebaikan Tidak Memakai Tudung Bagi Muslimah Malaysia






1. Anda tidak perlu membuang masa memakai hijab atau tudung. Lama! Boifren takyah tunggu lama. Suami pun takyah nak marah2.

2. Anda tidak berasa panas. Iklim Malaysia yang berbahang mampu membuatkan pemakai tudung tidak selesa.

3. Jika anda mempunyai rambut yang cantik beralun, semua orang dapat melihatnya.Apatah lagi jika anda mewarnakan rambut anda, sayang jika hanya anda dan family anda yang melihat.

4. Tidak akan ada orang yang menuduh anda cuba tutup kesan love bite boifren dengan tudung.

5. Penjimatan duit yang agak banyak kerana harga tudung sekarang bukan murah. Tak masuk lagi duit nak kena beli brooch.

6. Nak ambik wuduk senang. Nak solat senang. Sarung aje telekung. Habis aje solat, bukak dan teruskan kehidupan.

7. Tak perlu risau tudung dipakai senget atau tak sama tinggi.

8. Jika anda ke Amerika, orang tempatan tidak akan takut dengan anda.

9. Cakap telefon senang. Henfon boleh terus kena dengan telinga.

10. Anda tak payah seterika tudung. Save time, save electricity, mesra alam.

11. Awek bertudung naik motor dengan boifren? BITCHES! Awek free hair naik motor dengan boifren? Biasa aje.Masyarakat akan accept kau naik motor dengan boifren.


..............

Sayangnya, ada satu aje keburukan tidak memakai tudung ;
Anda tidak diterima untuk menyertai ruangan di majalah Hijabista.

Tapi pada aku, kalau sekadar pakai hijab semata2 untuk tayang kat orang lain dan nak berfesyen2 semata2, tapi dalaman diri tu sebenarnya hanya seorang gadis yang kononnya cool dan rasa urban sebab pakai tudung bermacam style dan mengharapkan ada orang lain cakap dia cun sebab dia mampu pakai tudung bermacam layer,bermacam kaler...tak rugi kot tak dapat masuk majalah Hijabista.

Jadi sebenarnya, tak ada langsunglah keburukan tak memakai tudung; di dunia yang fana ini.

Sumber Cursingmalay

20 March 2013

Gambaq Lucah dan Cerita Porno Anwar Ibrahim

Dua post AL terdahulu dipetik dari post otai2 bloggers Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang

menceritan hujah atau lebih tepat cerita lucah/porno terbaru. Hehe..Relevankah ayat2 yang

digunapakai?? Pembaca boleh nilai sendiri. Makin hari makin banyak cerita cerita porno kt alam

 siber yang AL yakin sedikit masa lagi, DVD lucah akan dibenarkan penjualannya di

supermarket/hypermarket kerana bahan penceritaan berunsur lucah sudah jadi makin sebati dalam

masyarakat kita. Saja AL copy dua2 belah pihak punya posting dan satukan di blog picisan AL

ni.Jom kita sama2 layan. Jangan buat modai stim sudahla.TAK KUASA MAK.....AUWWW...haha

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? Lepas Ini Ada Video Seks Pula? Menteri Ajak Rakyat Tonton Video Seks Dulu!


Post dari Blog Hangit



Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? : Ketika rakyat sedang giat memerhati & menilai keadaan kos hidup yang dihadapinya ketika ini, harga barang yang ada di pasaran ok atau tidak, adakah duit rakyat yang diamanahkan oleh rakyat baik di peringkat negeri atau persekutuan dijaga dengan baik atau tidak, tiba-tiba sekali lagi rakyat disogokkan lagi dengan koleksi terbaru gambar “intim” antara dua lelaki dalam sebuah bilik yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.


Kalau sebelum ini, dakwaan melibatkan Timbalan Parti Keadilan (Azmin Ali) DI SINI, kali ini bosnya pula menerima satu lagi dakwaan baru menjelang Pilihanraya Umum ke 13..

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? (Dakwaan) : Adakah Ini Video Yang Dimaksudkan Mereka?

Apabila meneliti gambar-gambar yang terbaru ini, teringat Berita Semasa dengan laporan berita yang pernah kami keluarkan dahulu sekitar Januari 2012 (DI SINI) yang pernah telah memberikan “hint” bakal akan dikeluarkan satu lagi video seks yang lebih dahsyat daripada versi sebelumnya iiatu dengan pelacur China. Adakah ini video seks yang bakal dimaksudkan mereka sebelum ini?


Adakah deretan gambar Anwar Ibrahim seks gay ini (atau mungkin ada video seks) merupakan “buah tangan” terbaru daripada mereka untuk ditatapi dan dinilai oleh rakyat Malaysia setelah lebih setahun video pertama didakwa juga melibatkan Anwar ibrahim dikeluarkan mereka dahulu?


Ini antara jawapan yang keluar daripada mulut Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim mengenai pendedahan terbaru ini :


“Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya,” katanya.


Eh….apa pula salah UMNO. Selalunya salah UMNO. Mungkin ini antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada mulut pemimpin UMNO Barisan Nasional.


Termasuklah Timbalan Menteri yang seorang ini merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan namanya menasihatkan rakyat Malaysia menilai terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sebelum menentukan siapa pemimpin politik yang didakwa ramai itu dengan cara menonton video seks itu terlebih dahulu. Video?

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay : Maslan Mahu Rakyat Malaysia Nilaikan Sendiri. Tengok Dulu!

anwar ibrahim gay
 
Sumber : Bernama Malaysia

Jadi pertanyaan kami kepada Ahmad Maslan, jikalau sekarang gambar Anwar Ibrahim seks gay dikeluarkan (dakwaan), adakah ini bermakna akan keluar versi video pula?
P/S : Apa kata dengan dengan pendedahan terbaru gambar gambar yang didakwa segelintir pihak mirip Anwar Ibrahim Seks Dengan Gay Ini?
 
sumber Blog Hangit
 
 

14 March 2013

Keyboard warrior tidaklah seberani mana

Minggu lepas aku kongsikan video trending yang di antaranya lagu Reformasi nyanyian Yasin Sulaiman dan aku sempat capture beberapa komen yang berbaur ugutan bunuh kat video tu dan tak sangka Yasin buat report polis seperti di Sinar Harian dan Mstar ni minggu lepas.

 
Ni komen yang aku sempat capture tempoh hari, ada 2 user yang buat ugutan bunuh iaitu pencinta muzik dan azzali abdul aziz:
 
 
 
Aku rasa kedua2 macai user tu cuma cakap suka2 je bukan serius nak bunuh pun mungkin sebab terlalu marah dan butthurt dengan Yasin yang sokong PR. Tapi lepas Yasin Sulaiman buat report polis je, tiba2 pencinta muzik yang komen bukan main lagi menghentam Yasin tiba2 minta maaf. Masa tu la keluar kita sama2 melayu dan sama2 Islam. Masa tulis komen tak fikir sama2 melayu dan Islam? Tau pun takut. Nasib la Yasin maafkan dia. Tapi user satu lagi tu sampai sekarang dok diam saja. Mungkin terlalu berani dan rasa polis takkan dapat menjejaki beliau.
 
 
Berbeza pandangan dan ideologi politik satu lumrah. Tak semua orang berpendapat yang sama dengan kita, termasuk juga artis. Ada artis yang pro-BN, ada artis yang pro-PR. Mereka nak sokong siapa itu terpulang. Kalau korang rasa kisah dengan ideologi politik mereka lebih dari bakat dan karier mereka, ban sahaja. Kalau korang lebih pentingkan bakat dan karier mereka berbanding ideologi politik mereka, pasti anda tak peduli dan tak kisah pun, korang akan fikir lantaklah diorang nak sokong apa, janji aku minat diorang kerana bakat mereka
 
 
Tapi biasalah mulut manusia ni tak boleh nak dihalang. Bila tak suka mula2 kritik ayat tapis2 lagi. Bila dah emosi mulalah keluar hina menghina maki memaki caci mencaci dan segala carut marut. Namun tak kisahlah korang nak cakap apa, tapi aku nak ingatkan walau benci, sakit hati macam mana pun korang kat sesiapa, tolong jangan sekali2 keluarkan perkataan yang menggambarkan "nak bunuh seseorang"
 
Walau anda cakap benda tu tanpa mungkin tanpa niat pun atau sekadar suka2, ia sebenarnya adalah suatu bentuk ugutan dan ancaman bunuh, dan mengikut undang2 di Malaysia, ia suatu yang sangat serius dan orang yang menerima ugutan itu boleh buat laporan polis dan yang membuat ugutan bunuh itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

So tak kira anda terima ugutan bunuh tak kira melalui kata2, surat, SMS, email, Facebook, Twitter, Youtube, blog, apa medium sekali pun, pengugut boleh dikenakan tindakan undang2. Malah kalau anda ada terima apa jua ugutan dari ex-boyfriend girlfriend anda ke, bekas suami isteri ke, along ke, upline ke, sapa2 sahaja, anda boleh buat report polis, dan kalau ada bukti yg kukuh, orang yang mengugut anda tu memang boleh dikenakan tindakan.

Ingat suatu ketika dulu pernah ada kes Khalid Ismath ditahan kerana didakwa mengugut nak bunuh polis dalam Facebook serta seorang pemuda yg pernah ugut nak bunuh Tok Guru Nik Aziz pun dalam Facebook kena tahan. So beringat2lah sebelum komen tu, jangan main2 dengan perkataan "bunuh"
 
 
 
Sumber dari Buasir Otak

13 March 2013

Penjawat Awam Dapat 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 2013 RM80-RM320.| Cara Pengiraan







Berdasarkan pemerhatian kami, apa yang dinanti-nantikan kalangan penjawat awam disebalik pengumuman Datuk Seri Najib Razak baru-baru dengan penuh harapan, samada elaun COLA dan elaun perumahan naik atau kekal seperti yang sedia ada sekarang? Atau isu gaji maksimum dan nasib 50,000 pegawai kontrak diberikan perhatian atau tidak?



Butiran Sistem Saraan Transformatif (SST) & Berita Gembira Untuk 1.4 Kakitangan Awam


1) Tambahan KGT tiga kenaikan gaji tahunan untuk semua struktur gaji maksimum :


  • Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun


  • Sementara kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.

3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320


  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
  • Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
  • Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

4) Lain-lain
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR melibatkan 166,541 orang
  • Urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  • Kaedah meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”;
Kenaikan Gaji 2013


Selepas kami meneliti dengan penuh teliti sebutir demi sebutir ayat yang keluar daripada mulut emas Datuk Seri Najib Razak sehingga tempoh akhir ucapan Perdana Menteri (sekitar jam 12:05 tengahari, perkataan atau kalimah COLA dan elaun perumahan (SEPERTI DI SINI) masih lagi tidak kedengaran. Dan pada masa itulah, secara tiba-tiba server kami mengalami gangguan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kalangan anda menghadapi kesukaran utnuk akses berita Semasa. Tidak mengapa kita tinggalkan sebentar berkenaan ini.


Mungkin kalangan daripada anda, sebagai penjawat perlu menunggu satu lagi siri berita gembira berkaitan COLA dan elaun perumahan pada pembentangan Bajet 2014 kelak. Mungkin?

 kenaikan gaji
 

Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) : Kiraanya?

Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :

Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal diberikan. Contohnya :

  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat kenaikan tersebut.
  • Bermakna bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
  • Yang mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
  • Ok. Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
  • Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.

Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :

  • Katakan gaji yang diberikan adalah RM3000.14 (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
  • Oleh itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
  • Manakala pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
  • Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)

Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di bawah ini :

  • Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
  • Julai 2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
  • Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14
Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?
Sumber berita semasa
 

05 March 2013

Dalang Pencerobohan DI Lahad Datu







Bermacam macam versi yang kita baca sekarang ni..Yang geng Pakatan kata salah Najib Dan Kerajaan Malaysia,Yang geng UMNO kata salah Anwar...Bagi rakyat marhaen macam AL ni berpendapat yang xdak sapa pun yang jadi dalang.Puak2 sulu ni memang dah training lama dan standby nk masuk Sabah.Sebab memang dari dulu memang depa dh kata dan isytihar yang Sabah ni milik depa.

Bagi AL yang sanak saudara,sahabat handai dan yang terkini anak bini pun ada di Tawau (dekat sangat dh KUNAK dan SemPORna), ramai yang mengatakan keadaan masih terkawal cuma dh mula kelihatan polis buat rondaan dan sekatan jalan raya.Ada jugak kawan yang di KK bgtau sudah mula sampai puak2 Sulu ni ke Kota Kinabalu...Walaupun kita beranggapan yang tentera kita lambat bertindak,percayalah..ini semua utk halang sesuatu yang lebih buruk terjadi.Apa yang paling tak rancak sekali ialah,sudah ada anggota keselamatan terkorban...AL sangat2 berharap hal ini tidak berpanjangan sampai ada banyak kematian orang awam..AL akan ke sana bulan April ni ..harap2 semua akan selamat ..Insyaallah

22 February 2013

ANAK Serang Majlis Perkahwinan BAPA dengan LELAKI Lain

 
Seorang lelaki menyerbu majlis perkahwinan bapanya dengan seorang lelaki lain di Beijing, China. Dia kemudiannya memalukan pasangan itu, menendang meja, dan menyerang para tetamu.

"Kejadian itu amat mengecewakan saya, orang luar boleh merestui kami tetapi anak saya tidak boleh berbuat demikian. Anak yang tidak berhati perut ini mensabotaj kebahagiaan kami." "Pengantin lelaki", yang menggelarkan dirinya Da Bao (Big Treasure), menulis pernyataan tersebut dalam Weibo. Da Boa, pesara guru Sejarah menjelaskan bahawa lelaki itu merupakan anaknya daripada perkahwinan pertama.

Pada 30 Januari lalu, Da Bao berkahwin dengan Xiao Bao, kekasihnya dalam satu majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan.

Perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di China.

Pasangan itu mengepos gambar perkahwinan dan video perkahwinan mereka di Weibo. "Tiada apa-apa yang salah apabila dua orang tua jatuh cinta."

Menurut media, Xiao Bao yang bekerja sebagai penghantar air jatuh cinta terhadap Da Bao yang menggunakan perkhidmatannya. - DCM/Global Times
 
 

26 January 2013

Inikah penulis blog Amenoworld??

 
 
 
WOW!!!  AL selalu gak komen kt blog dia,siap ada dalam blog list yg AL layan.Tapi selalu AL panggil dia bro..hehe..Apakah benar apa yang PAPA GOMOI tulis ini?? Comei jugak,tapi awat bedak banyak sangat ??  Hehe..
 
 
 
 
 
 
 
Shikin tu Amenoworld ka?? Apa pun AL layan hari2 blog amenoworld
 
 

25 January 2013

Listen Listen Listen, When i Speak u Listen

Listen Listen Listen, When i Speak u Listen. U listen well, u r moron well. Kamu cakap pasal demokrasi, demostrasi. Kamu tahu apa itu semua. Islam mengajar itu ini, jangan bercakap pasal islam kalau tak tahu. "Ko jer yang tahu, sbb ikut segala suruhan islam". Apehal budak pompuan tu cakap and bagi statement yang betul pasal ekonomi, dia disekat. Bagi la bercakap sampai habis kalau dah rasa diri sendiri tu fasih dan 100% faham demokrasi. Haktuiihh lah kalau lecturer moron macam ni. Nak bidas balik statement ekonomi sebab tak tau pun pasal ekonomi. Tu yang suh stop membodoh tu.

Lahirnya generasi muda seperti adam adli, bavani dan mungkin ramai lagi selepas ini. Mereka bangkit sebab terlalu banyak kebodohan telah diterapkan dan hanya sebilangan daripada mereka memahami. Sebab mereka faham apa itu "Economy" & "Financial".

Duk facebooking pagi hari, tiba-tiba ternampak orang duk berbahas pasal minah yang popular dalam youtube. Mungkin minah ni akan terpilih dlm PRU13. Really shame on umno if mereka ambil low class mentality sebagai wakil rakyat pada PRU13. Seorang yang bercakap tentang demokrasi tetapi tidak menggunakan ayat "listen,listen listen to me". Otak Hang!

Mari kita tengok perbahasan mereka dalam facebook minah tu. Sekejap jer boleh jawab. lepas kna tanya bertubi-tubi, terus terdiam. Bercakap pasal fakta, tapi tak bagitau pun contoh fakta yang dia tau. Macam ni ker nak didik generasi muda yang lebih berpengetahuan jauh. Video juga disediakan for those yang belum pernah nonton.
































Sumber dari blog Bankami


AL: Truk kak pah ni kena hentam..namun demikian,sama2 salah jugak,masing2 nk cakap..cuba microphone ada kt Bawani, AL rasa silap2 depa dok berlawan listen ja nanti..haha






15 January 2013

Cabaran Debat kepada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Listen..Listen..Listen..Listen...Listen...heheh

Popular sekarang ni perkataan ni kt FB....


Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
 
Erk..Its not me @ AL yang buat cabaran ni...Cabaran ni dilontarkan di Blog Kerajaan Rakyat untuk
Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin...
 
Setelah menonton video Forum Mahasiswa UUM dimana pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Saudari KS Bawani dimalukan di depan khalayak ramai, dan mengikuti bicara minda khalayak maya di sini dan di sini, saya, Mohd Sofi Yassin mencabar presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk berbalas hujah dalam isu pendidikan yang terkait dengan dasar "Transformasi 1 Malaysia" yang kerap diuar-uarkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah MiskinPuan Sharifah Zohra bebas untuk memilih venue yang bakal dipersetujui bersama dengan penetapan masa selama 90 minit untuk sessi perdebatan. Selaku anak Melayu campuran Arab, saya merasakan tingkah puan Sharifah Zohra bukan hanya mencemarkan ketertiban bangsa Melayu, malah ia turut mencemarkan adab bicara penganut agama Islam.

Andai Puan Syarifah Zohra mempunyai keberanian berpaksikan keikhlasan, hubungi saya melalui email; kerajaanrakyat@gmail.com

Salaam Persaudaraan Islam
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat
 
 
 
Ada yang berani nk sahut ka?? hehe..tp awek keturunan arab tapi ahli KIMMA (Malaysian Indian Muslim Congress) ... ooppss..mami ka arab ni?? hehe.. memang sengaja mencetus kontroversi..Abis semua orang ja xngaku ada kena mengena dengan dia..eheh....AL nk tengok respon dari Awek arab @ mami ni macam mana..
 
Sumber dari Kerajaan Rakyat

18 December 2012

Pergaduhan Antara Melayu dan India di Sungai Petani

Berita ni dh tersebar meluas di media sosial,ramai cyber warrior yang dok upload dan ketengahkan benda ni ...benda kecik dah jadi semakin besaq,PDRM IPD Kuala Muda/ Yan dah keluarkan notis kepada kepada semua orang Melayu, jangan naik moto/kereta bersendirian.Tapi anda tahu kah apa yang dah jadi pada orang India yang tak bersalah?? Awat depa xkluaqkan arahan orang India jangan naik moto/kereta bersendirian?? Racist ka?? Tahu kah anda ada jugak India tak bersalah kena pukui dengan orang melayu?? Keadaan inilah yang membuatkan keadaan makin teruk,makin besaq dan kecoh... Dalam Facebook banyak yang dok maki2 kata paria,hindu apa segala,tahukah anda,sedarkah anda yang kita ada kawan2,jiran2 malahan ada yang bersaudara dengan orang India.. Agak2 orang India boleh diam kalau kita dok cakap/taip macam2 dalam internet. Kalau dulu kes cina kata melayu babi pun orang melayu dah melompat,ni apa kes melayu dok kata yang macam2 kat bangsa lain...Rujuk berita/posting ni dari banyak2 blog yg AL search pasai Geng 35 ( India vs melayu di Sg ptani)

293239_515197538512007_515733328_n
 
 
Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.
 
 
 
Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan
kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman
di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman
serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 03-
4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar
khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum.
*UPDATE*
Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang.
 
 
 
 
 
Posting ni ada banyak di copy paste ke blog2 seantero maya,tapi semalam ada AL jumpa satu blog/website yang menunjukkan post yang sama pada bahagian atas,cuma di bahagian bawah ada gambaq pemimpin2 Pekida dan Geng 35 ni di panggil ke IPD untuk berunding.
 
 
 
 
 
 
 
Musykilnya AL,awat blog2 cyber warrior ni tak tunjuk gambaq diatas ni.Gambaq pemimpin2 masyarakat  berunding?? Saja nk buat benda jadi hangat ka?? Musykil kan?? Jadi kepada yang dok buat jora dan buat sempoi nk berjihad...AL nasihatkan
BUAT RILEK SATTTTTTTTTTTT!!!