Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

14 March 2013

Keyboard warrior tidaklah seberani mana

Minggu lepas aku kongsikan video trending yang di antaranya lagu Reformasi nyanyian Yasin Sulaiman dan aku sempat capture beberapa komen yang berbaur ugutan bunuh kat video tu dan tak sangka Yasin buat report polis seperti di Sinar Harian dan Mstar ni minggu lepas.

 
Ni komen yang aku sempat capture tempoh hari, ada 2 user yang buat ugutan bunuh iaitu pencinta muzik dan azzali abdul aziz:
 
 
 
Aku rasa kedua2 macai user tu cuma cakap suka2 je bukan serius nak bunuh pun mungkin sebab terlalu marah dan butthurt dengan Yasin yang sokong PR. Tapi lepas Yasin Sulaiman buat report polis je, tiba2 pencinta muzik yang komen bukan main lagi menghentam Yasin tiba2 minta maaf. Masa tu la keluar kita sama2 melayu dan sama2 Islam. Masa tulis komen tak fikir sama2 melayu dan Islam? Tau pun takut. Nasib la Yasin maafkan dia. Tapi user satu lagi tu sampai sekarang dok diam saja. Mungkin terlalu berani dan rasa polis takkan dapat menjejaki beliau.
 
 
Berbeza pandangan dan ideologi politik satu lumrah. Tak semua orang berpendapat yang sama dengan kita, termasuk juga artis. Ada artis yang pro-BN, ada artis yang pro-PR. Mereka nak sokong siapa itu terpulang. Kalau korang rasa kisah dengan ideologi politik mereka lebih dari bakat dan karier mereka, ban sahaja. Kalau korang lebih pentingkan bakat dan karier mereka berbanding ideologi politik mereka, pasti anda tak peduli dan tak kisah pun, korang akan fikir lantaklah diorang nak sokong apa, janji aku minat diorang kerana bakat mereka
 
 
Tapi biasalah mulut manusia ni tak boleh nak dihalang. Bila tak suka mula2 kritik ayat tapis2 lagi. Bila dah emosi mulalah keluar hina menghina maki memaki caci mencaci dan segala carut marut. Namun tak kisahlah korang nak cakap apa, tapi aku nak ingatkan walau benci, sakit hati macam mana pun korang kat sesiapa, tolong jangan sekali2 keluarkan perkataan yang menggambarkan "nak bunuh seseorang"
 
Walau anda cakap benda tu tanpa mungkin tanpa niat pun atau sekadar suka2, ia sebenarnya adalah suatu bentuk ugutan dan ancaman bunuh, dan mengikut undang2 di Malaysia, ia suatu yang sangat serius dan orang yang menerima ugutan itu boleh buat laporan polis dan yang membuat ugutan bunuh itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

So tak kira anda terima ugutan bunuh tak kira melalui kata2, surat, SMS, email, Facebook, Twitter, Youtube, blog, apa medium sekali pun, pengugut boleh dikenakan tindakan undang2. Malah kalau anda ada terima apa jua ugutan dari ex-boyfriend girlfriend anda ke, bekas suami isteri ke, along ke, upline ke, sapa2 sahaja, anda boleh buat report polis, dan kalau ada bukti yg kukuh, orang yang mengugut anda tu memang boleh dikenakan tindakan.

Ingat suatu ketika dulu pernah ada kes Khalid Ismath ditahan kerana didakwa mengugut nak bunuh polis dalam Facebook serta seorang pemuda yg pernah ugut nak bunuh Tok Guru Nik Aziz pun dalam Facebook kena tahan. So beringat2lah sebelum komen tu, jangan main2 dengan perkataan "bunuh"
 
 
 
Sumber dari Buasir Otak

No comments: