Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

29 July 2015

Fakta Dunia Yang Menarik









































































sumber

22 July 2015

Pejabat Penuh Warna Warni Sebuah Firma Rekaan Di Thailand

Pejabat yang ceria menghasilkan kakitangan yang ceria. Ini membawa kepada syarikat yang lebih produktif. Rekaan pejabat tradisional kini tidak lagi cool pada tahun 2014. Bagi firma rekaan Apostrophy di Thailand mereka mempunyai pejabat yang menggunakan warna-warna asas. Setiap tingkat mempunyai kod warnanya sendiri. Merah pada tingkat bawah, biru pada tingkat pertama dan kuning pada tingkat atas. Adakah rekaan pejabat begini sesuai untuk anda? 

 
















Sumber

02 February 2015

27 January 2015

Lebuhraya Autobahn Ditutup Menjadi Taman Awam Di Hamburg


Lebuhraya ialah keperluan zaman moden tetapi ianya menyebabkan pencemaran yang teruk. Di Hamburg Jerman sebuah projek akan dimulakan tahun ini bagi menutup autobahn dengan taman hijau. Lebuhraya ini akan menjadi lebuhraya tertutup bawah tanah dan taman hijau yang dibina diatasnya akan digunakan oleh penduduk setempat. Projek penghijauan ini akan mengurangkan penceraman udara dan bunyi penduduk yang duduk berhampiran autobahn. Ini ialah projek pertama yang dilakukan dan dijangka siap pada tahun 2022. Beberapa projek lain sepertinya akan dilakukan bergantung kepada kejayaan projek ini. Sebuah idea yang bagus untuk alam sekitar dan penduduk setempat.



Sumber

20 January 2015

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia


Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.


Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600


Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253


Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942


Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769


Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846



Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.- Siakapkeli.com.my

18 September 2014

Gelas champagne berbentuk payudara Kate Moss

Kenai Kate Moss? Dia merupakan seorang model British yang agak popular. Tak kenai? Hampa p google tengok...Untuk meraikan harijadi Kate Moss yang ke 40,sebuah restoran telah bekerjasama dengan seorang pereka bentuk  British iaitu Jane McFadden Freud mereka gelas champagne yang diinspirasikan oleh bentuk payudara Kate Moss.Hermmm.Check It Out!!!


 


15 September 2014

Sekolah Terapung Di Bangladesh

Bangladesh ialah antara yang terendah di dunia dengan majoriti negara ini terletak di bawah paras laut. Akibatnya apabila berlaku taufan Bangladesh akan mengalami masalah banjir teruk yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
Bangladesh kini mengalami sebuah lagi masalah yang besar iaitu kenaikan paras air laut akibat kutub yang mencair. Menjelang 2050 dianggarkan 30% negara ini bakal ditenggelami air. Oleh itu membina struktur kekal adalah tindakan sia-sia. Di bawah ialah sebuah sekolah terapung yang mampu menempatkan 30 orang murid kanak-kanak dan dewasa. Sebanyak 22 sekolah terapung berkuasa solar ini wujud di Bangladesh dengan jumlah murid melebihi 1000 orang. Ia dilengkapi dua kelas, sebuah perpustakaan dan makmal komputer.
Di masa hadapan lebih banyak sekolah sebegini akan dibina bagi memastikan kanak-kanak akan masih mampu ke sekolah walalupun Bangladesh semakin tenggelam.



 

17 July 2014

Gambar-Gambar MH17 (Part2)

 





 

 

 

Gambar-Gambar MH17 (Part 1)












A Ukrainian serviceman stands next to the wrecked undercarriage of Malaysia Airline flight MH17

















 

 


 


 


 
















Gempar!!! Pesawat MH17 milik MAS dilaporkan ditembak sebentar tadi

BREAKING: Malaysian Airlines plane crashes in Ukraine near Russian border


The Malaysian Airlines Boeing 777 reportedly had 280 passengers and 15 crew members when it went down in a war-torn region of Ukraine.

Takziah..pesawat MH17 dilaporkan ditembak jatuh sebentar tadi.Apa pun sama2 kita tunggu dan lihat..AL harap jangan nanti ada pulak pahlawan papan kekunci yg habaq kata ni pun konspirasinlg..letih pkiaq wooo...

16 July 2014

Gambar Kereta CDM 25 ,Di Felda Bandar Jengka, Pahang

DAHSYAT!!!! .. SAMPAI WAKTU MALAM ADA ORANG SANGGUP RAKAM GAMBAR KERETA KAK LONG CDM 25 YANG PARKIR DIRUMAH ORANG TUANYA DI FELDA LEPAR UTARA 8, BANDAR JENGKA, PAHANG.


Aduh!!!!! sampai begitu sekali ada rakyat yang berang dengan sikap Kak Long CDM 25 sampai sanggup pergi rakam kereta berkenaan dirumah orang tuanya di Ladang Felda Lepar Utara 8, Bandar Jengka, Pahang.

Siang tadi rakaman gambar cuba nak sorok dengan menggunakan penyidai kain.

Omak Kau ingat cukuplah Kak Long diserang dialam siber .. Dia pun diberitakan sudah insaf dan melutut mohon maaf.

Yang pasti hidup Kak Long CDM 25 sudah tidak seperti dulu .. beliau cukup terkenal sekarang ini di kedudukkan yang salah.. suatu pengajaran kepada semua termasuk diri Omak Kau jua.

Sekarang ini dunia sedang memerhatikan kita dengan kecanggihan alat perakam .. silap tempat dan masa jika buat hal dan onar maka perbuatan kita akan dirakam dan dimuat naik di youtube.

Omak Kau nasihat ikhlas kepada Kak Long CDM 25 .. juallah kereta tu atau tukar nombor plate dalam kadar segera.
SUmber

13 July 2014

Bikers Kental Ditanam Duduk Di Atas Harley Davidson Kesayangan

Billy Standley (82) ialah seorang bikers kental. Beliau meninggal dunia akibat kanser paru-paru dan jumaat lalu beliau ditanam menunggang Harley Davidson 1967 Eletra Glide kepunyaan beliau. Ini adalah permintaan terakhir beliau dan anak-anak beliau memenuhi kehendak ayahanda tercinta. Billy Standley ditanam bersebelahan kubur isteri beliau di Ohio Amerika Syarikat. Ride em to the underworld! Ini memang bikers sebenar. 




12 July 2014

Siapa bunuh Regina Soosalu?

 

 
Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.
Bernama melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, (gambar) yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama.
"Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu," katanya kepada pemberita di Johor Bahru Rabu.
Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital di sini dan polis Johor telah menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian.
Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya.-9/7/2014
 
 
 
 

10 July 2014

3 Julai 2014 - Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

Terima kasih semua atas sokongan anda. =)