Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

14 July 2014

Gaza Kena Serang Sejuta Kali Pun Ko Masih Makan Nasi - Raikan Hipokrasi Kita, Jangan Bergaduh.

Aku nampak.


Twitter dan facebook. Di ruangan komen tak kurang juga. Kemain pula puak2 islamis neh bersembang kencang bab penindasan di GAZA. Katanya. Gaza menangis dan umat islam di sini hihi haha macam takde2 apa berlaku. 

Sekali aku tampo mao berterabur gigi masing2. Angin aku baca komen2 macam tue sejak dari dulu lagi aku rasa manusia2 neh tak sedar ke dia tue pun sama dengan orang yang dia kutuk-kutukan tue?

Kalau tak kutuk orang sendiri memang bukan rakyat Malaysia aku rasa. Bila fikir2 balik, apa yang membuatkan aku ialah rakyat Malaysia sejati, ialah kerana aku kutuk orang2 sendiri juga. Memang sah2 la inila sifat semulajadi orang Malaysia. Ayuh. Berbangga la kita kerana  ada juga sifat tertentu yang menentukan jatidiri aka asal usul kita secara unik.

Nak dipendekkan cerita. 

Kisah dia macam neh. Ada beberapa komen dari pelbagai medium yang aku baca, aku dapati ianya sangat bersifat hipokrit. Contohnya. Macam ko bandingkan apa yang berlaku di GAZA dengan kegilaan rakyat tertentu terhadap bola.

Ewah ewah ewahh.. bila GAZA kena serang tetiba minat bola itu menjadi salah. Update status pasal bola itu salah. Citer pasal bola juga salah. Tapi bila rakyat BRAZIL kena tindas dengan WORLD CUP puak2 islamis neh takde pula sembang kencang bab kezaliman. Kenapa kezaliman hanya bermaksud = umat islam kena tindas? Kenapa bukan bermaksud = mana2 pihak yang dizalimi tanpa kira agama, bangsa dan status yang ditindas?

Kenapa ada double standard concernity kat sini? Maksud aku. Kenapa sebagai manusia, ko membuat keprihatinan terpilih? Jika dari awal lagi ko prihatin maka ko sudah tentu prihatin akan kesengsaraan rakyat Brazil yang protes penganjuran WORLD CUP. Dan sudah tentu ko rasa ralat bila PM Najib kau menyokong BRAZIL yang zalim. Dan sudah tentu ko akan PADAN MUKA KAN BRAZIL sebab kalah dengan teruk hari tue sebagai NATIJAH KESAN DARI MENGANIAYA RAKYAT SENDIRI. PATUT SUJUD SYUKUR. KALAH DAH NEGARA GILA TUE. KALAH DENGAN BEGITU TERUK DAN MEMALUKAN PULA TUE. RASA NIKMAT LA PULA.

MUAHAHAHAHAHA..

Lepas tue dengan bangga la juga. Nak tunjuk ko la paling prihatin dengan GAZA. Maka setiap status2 ko tepek komen.. lupakan kisah neh kita sekarang focus GAZA blablabla sudah.. sudah2 la bergaduh sekarang GAZA kena serang blablabla..  GAZA sana GAZA sini GAZA situ.. macam ko la paling PRIHATIN KAT GAZA padahal SELAMA INI, SEBELUM2 INI, BILA AKU DAN ADMIN2 LAIN SHARE POSTING2 BERKAITAN GAZA (kat salah satu page yang aku jadi admin) HARAM PULA NAMPAK KAU LIKE, KOMEN DAN SHARE KAT WALL KAU SELAMA INI?

AHHH.. TERASA LA KAN?

PADAN LA MUKA.

Ko kalau setakat prihatin masa dia kena serang baik tak payah nak show off la wei.

Aku getik dengan perkara tue. Aku tak kisah pun ko nak prihatin atau taknak prihatin atau apa itu hak masing2 dan aku raikan kepelbagaian. Cuma yang buat aku getik bila sesetengahnya melebih2 sangat dengan menulis ayat2 poyo di ruangan komen seolah2 macam orang yang dia tujukan tue tak pernah peduli pula pasal GAZA disebabkan ketika itu orang tue tengah update tentang topic lain yang tiada kaitan dengan GAZA. Itu yang buat aku getik sangat.

Then. Mula la kedengaran komen2 yang islamik hipokrasi gila babik la juga. Makan salah. Ketawa salah. Beli baju baru salah. GAZA kena serang. Ko huha haha lagi kat sini. Update facebook salah. Update twitter salah. Dah semua jadi salah. Macam la ko tak ketawa plak. Sejak2 GAZA kena serang adakah ko terus berhenti jadi manusia? Tak buat kerja? Tak makan, tak minum, tak tidur dan tak buat apa2 dah? Terus baca qunut nazilah 24 jam tanpa henti disebabkan GAZA kena serang ke?

Tak juga. Ko pun tak buat macam tue. Ko tetap hidup macam biasa dan UPDATE FACEBOOK MACAM BIASA walaupun update2 ko hanya la mengendeng2 kat ruangan komen bagitau satu dunia GAZA kena serang. Ko tetap makan sedap2 time berbuka. Ko tetap mandi dan tidur lepas kenyang gila babik. Esoknya pergi kerja pakai baju cantik2 siap make up tebal2 bagai. Tudung siap FAREEDA. Lepak mamak gaduh pasal bola lagi. Sama aje perangai pun masing2 pun. Ko tak lebih baik dari aku ataupun sebaliknya kerana kita semua neh SAMA AJE PERANGAINYA. Citer pasal GAZA huha huha lepas satu tempoh senyap macam la GAZA berhenti dizalimi hanya kerana tiada serangan udara. Tak betul ke? Tak realiti ke apa yang aku sebut neh? Fakta ma. Mengaku sudah.

Bukan aku marah orang yang nak prihatin pada GAZA. Yang aku menyampah bila ko nak prihatin, ko siap nak salahkan orang lain pula.

Ko nak prihatin, okay ko prihatin dan buat la apa2 yang ko nak buat. Tapi tak payah sembang kencang dengan beranggapan ko la paling peduli pasal GAZA dan orang lain tak concern bab GAZA hanya kerana dia masih ketawa, makan nasi, tidur macam biasa, main facebook dan update pasal bola ke politik ke Rosmah ke apa ke.

Sebab? Sebab ko pun sama macam orang yang ko yang perli2 tue. Jangan la nak menipu. Habis2 kuat lepas seminggu habisla citer2 pasal GAZA di wall2 ko dan sambung balik citer2 pasal kehidupan kau, instagram ko dan blablabla.. ringkasnya. JANGAN PERASAN BAGUS SANGAT BOLEH TAK?

Alah. Benda neh normal. Contohnya. Ibu atau ayah atau adik beradik atau isteri atau suami atau anak2 kau meninggal. Adakah ko berhenti untuk hidup? Berhenti untuk makan? Selepas satu tempoh ko juga tetap teruskan hidup macam biasa. Bukan kata ko tak sedih tapi akhirnya ko tetap akan menjalani hidup macam biasa. Apatah lagi perkara ini berlaku di GAZA yang mana mereka2 itu tiada pertalian darah pun dengan kita. Lebih dari tentu orang2 disini akan hidup macam biasa dan ketawa. Tak aneh ma. Apa yang nak dipelikkan pula sehingga menjadi modal untuk bergaduh?

Terima je la hakikat. Kita semua kalau tak ketawa pun bukan boleh mengubah apa2 keadaan di GAZA melainkan sedikit usaha seperti derma, bantuan dan doa. Itu short-term punya usaha. Manakala long term punya usaha ialah berusaha untuk mendapatkan kerajaan yang amanah kerana kerajaan yang amanah akan membina kembali ISLAM dalam erti kata ISLAM yang sebenar. ISLAM dalam erti kata sebenarnya sangat memainkan peranan untuk menundukkan penindasan dan menegakkan keadilan. 

Silakan. Silakanlah beramai2 prihatin dengan GAZA. Satu usaha yang murni dan aku sokong. Tapi jangan perli orang yang ketawa ke update pasal bola ke apa ke. Yang part dia ketawa ko nampak sebab dia tunjuk kat FB. Buatnya dia menangis2 dalam doa sampai terkeluar air liur busuk sebab tak gosok gigi dan hingus kerana terlalu sedihnya atas apa yang berlaku di GAZA mana kau tahu? Ko tahu? Tahu? Tak tahu kan? Jadi berhenti tunjuk bagus kat facebook, twitter dan ruangan komen. Aku menyampah. Ikhlas neh.

Kbai. 

Sumber

No comments: