Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

12 July 2014

Siapa bunuh Regina Soosalu?

 

 
Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.
Bernama melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, (gambar) yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama.
"Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu," katanya kepada pemberita di Johor Bahru Rabu.
Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital di sini dan polis Johor telah menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian.
Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya.-9/7/2014
 
 
 
 

No comments: