Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

22 March 2011

Kaji Larangan Import Alat Ganti Terpakai (Brg2 Kedai Potong)

Petikan Harian Metro

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM) mahu kerajaan menimbang semula pelaksanaan larangan mengimport alat ganti kenderaan terpakai bermula 1 Jun ini yang dilihat membawa lebih kesan negatif kepada pelbagai pihak.

Presidennya, Lim Wei Fook berkata, jika larangan itu diteruskan, tidak mustahil lebih 5,000 kedai alat ganti terpakai seluruh negara akan gulung tikar manakala kira-kira 250,000 pekerja yang terbabit dalam bidang itu akan hilang pekerjaan.

"Sebaiknya, kerajaan perlu mengkaji kesan jangka panjang yang terpaksa ditanggung semua pihak termasuk kenderaan persendirian mahu pun pengangkutan awam kerana alat ganti kenderaan tiga hingga lima kali ganda berbanding terpakai.

"Bayangkan bebanan yang terpaksa ditanggung jika pemilik kereta terpaksa menggantikna kotak gear rosak dengan alat ganti baru yang ratanya bernilai lebih RM15,000 bagi kebanyakan kereta model tempatan berbanding alat ganti terpakai yang bernilai tidak lebih RM3,000.

Bagi rakan2 kcar atau pemilik kereta convert..berpeluh la lepas ni kalau head L2 bengkok atau nk cari enjin lantai kerana suda tiada alat ganti..nasib aku dh kembali ke pangkal jalan. hehe

No comments: