Petua Tahan Lama
Aku teringat untuk mencari bahan berkenaan isu ini kerana minggu lepas ada sorang ofismate aku ni mai dan bertanya petua kat aku. Ada jugak aku berikan 'magic tissue' sebagai produk testing kt dia. Secara asas artikel ini untuk yang berusia 18 tahun ke atas. Hubungan seksual yang teratoq adalah suatu adegan yang berlangsung agak lama, mengandungi 3 fasa utama bermula dari gurauan-senda sebelum jima' (foreplay), jima' hinggalah ke peringkat gurauan-senda selepas jima' (afterplay). Ia akan mengambil masa kira-kira 1 jam.
Masa yang diambil untuk istimta' (foreplay) adalah kira-kira 20 minit. Sesudah inzal mani (climax) pihak suami, masa yang diambil untuk gurauan-senda selepas jima' (afterplay) pula kira-kira 10 minit. Untuk suami menjayakan kedua-dua fasa ini tidaklah sukar, cuma ada sebilangan lelaki yang 'buta seni & buta perot' gelojoh dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah batin dengan memendekkan proses istimta' atau langsung tidak melaksanakan 'afterplay'.
Masalah yang agak merunsingkan sebahagian lelaki ialah di fasa jima' itu sendiri. Ini kerana sebahagian lelaki tidak tahan lama dan akan inzal (climax) dalam masa 2 minit saja setelah memasukkan zakar ke faraj dan berdayung. Ada yang lebih bermasalah, iaitu sudah 'surrender' sebelum memulakan fasa [2]. Sebagai salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini, berikut ada petua yang sesuai untuk diamalkan.
Mana-mana lelaki yang sudah menjadi suami mungkin boleh bersetuju dengan apa yang dicatat di atas. Pertamanya mengenai cara bernafas. Mungkin apa yang patut saya tambah ialah bahawa suami patut peka (alert) dan kawal cara dia bernafas bila sedang berjima'. Kaedahnya macam-macam dan bergantung pula pada kesesuaian anda. Teknik di bawah adalah salah satu daripadanya. Anda boleh cuba.
NAFAS DAYUNGAN SEPOI BAHASA
Satu cara lagi yang ingin saya kongsikan di sini ialah teknik pernafasan lambat (slow breathing) yang dipanggil Nafas Dayungan Sepoi Bahasa. Caranya ialah tarik nafas perlahan-lahan, tahan nafas beberapa ketika dan kemudian hembus nafas perlahan-lahan juga. Angin yang keluar masuk itu amat lembut seolah-olah seperti bila anda meniup lembut ke telinga isteri. Anda boleh cuba teknik tradisional Melayu ini.
KAEDAH MENGHITUNG DAYUNGAN
Saya ingin kongsikan juga satu teknik tradisional Cina pula. Orang Cina menyarankan agar anda sibukkan diri anda menghitung. Anda boleh hitung dayungan anda. Contohnya satu dayungan dalam, empat dayungan dangkal. Ulang lagi. Dengan cara itu minda anda tidak akan terlalu dibuai oleh keseronokan. Dan insyaAllah, anak yang bakal lahir nanti pandai matematik! (ini saya yang catat, tidak ada sebarang catatan kuno yang pernah saya temui mengenai anak pandai matematik jika bapanya menghitung dayungan!).
KAEDAH DAYUNGAN SAMBIL BERZIKIR
Dari sudut tradisional Melayu pula, ada yang berzikir semasa mendayung. Ada yang berzikir dengan menyebut 'Ya Allah' atau 'Ya Qohhar' atau 'Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum Ya 'Azhim Ya Rabbal 'Alamin' dalam hati (memang elok kita ingat pada Allah dalam semua keadaan termasuk ketika jima', ingat dalam hati saja, bukan dilafazkan melalui mulut). Cara lebih bagus, dan insyaAllah akan lahirlah 'anak zikir' iaitu istilah yang diberikan oleh orang-orang tua Melayu. Mudah-mudahan jika dengan jima' itu lahir anak, dia akan jadi anak yang soleh.
KHAS UTK ISTERI
Bagi isteri pula, sebaik-baiknya bernafas laju dan tumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan jima' itu kerana ini akan mencepatkan proses isteri mencapai 'climax' dan boleh 'climax' berulang-ulang dalam masa yang singkat.
Aku harap artikel ini dapat membantu kawan2 yang mempunyai masalah...hehe
Maklumat yang dpetik dari blog Hangkah Jebat
1 comment:
erkkk...
Post a Comment