
Kapal selam itu mempunyai sebuah periskop dan sistem penghawa dingin. Ketinggian kapal selam itu 2.7 meter dan panjangnya 30.48 meter. Pihak DEA menyatakan kapal selam itu dibina untuk menyeludup dadah merentasi lautan.
Pengarah Serantau DEA Banjaran Andes, Jay Bergman berkata, ia merupakan satu perkembangan yang serius kerana kapal selam itu mampu belayar jauh dan berupaya membawa muatan. Seorang suspek berhubung kes itu telah ditahan.
Kartel dadah di Colombia memang terkenal menggunakan kapal selam buatan sendiri untuk dalam aktiviti pengedaran dadah. – AP

Sumber dr Beritasemasa
2 comments:
teknologi mereka canggih, siapa saintis mereka? curious kat kapal selam...gambar tak blh tunjuk...:)
hehe...tp teknologi mcm tu baru sempoi...
Post a Comment