Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

28 October 2011

Kesihatan Seksual - 10 Kebaikan Untuk Anda


Semalam malam sumaat...


Kalau ko tengah horny, aku pasti benda yang terakhir ko akan fikir adalah macamana nak tingkatkan sistem imuniti atau macamana nak turunkan berat badan... what the? Sure ko fikir, "huih! best neh kalau dapat bergasak". Ramai orang tak perasan bahawa seks itu dapat memperbaiki kedua-dua keadaan tersebut. Saintis (psychologist/sex therapist) telah banyak mengkaji aspek seksual di dalam meningkatkan kesihatan tubuh-badan manusia, walaupun ramai daripada kita memandang isu ni sama ada ianya sesuatu yang memalukan, atau sesuatu yang "euwww!". Iyo laaa euwww... kalau ko masih budak berhingus, tapi kalau ko dah dewasa, dan ko dah kahwin, jangan lupa gunakan dan amalkan perkara ini dengan sewajarnya, dan dengan cara yang betul. Seks memang ada banyak manfaat brader/sista.

1. Seks meringankan keresahan (stress).
Seks mempunyai kebaikan di dalam menurunkan tekanan darah (hypertension) dan keresahan (stress), mengikut kajian yang dilakukan di Scotland, yang dilaporkan di dalam journal Biological Psychology. Saintis mengkaji 24 orang perempuan dan 22 orang lelaki (yang mencatat maklumat aktiviti seksual mereka), dan kemudiannya pengkaji menguji kumpulan subjek dengan keadaan yang menimbulkan perasaan resah - seperti bercakap di khalayak ramai atau melakukan kiraan matematik secara verbal - dan perubahan tekanan darah dan nadi diperhatikan. Kepada subjek yang melakukan seks normal, mereka didapati dapat melakukan ujian stress tersebut dengan baik, dan kadar perubahan tekanan darah adalah minima, berbanding dengan subjek yang melakukan seks (tangan, or whatever) atau tarak seks langsung. Yabedabedoo! [Penulis blog juga mendapati bahawa kualiti artikel blog akan jadi lebih bernas, dan lebih banyak joke palat akan keluar tanpa disangka-sangka, jika dia telah mendapat seks yang indah dan rakus di hari sebelumnya. Jadi kalau lepas ni korang ada perasan yang korang terhibur lebih sket masa singgah kat blog neh... it's safe to say that Aidid Mu'addib got fresh the night before... yeay! Okay, tapi tak payah tanya, atau kasi komen... pepaham aje udah!]. Banyak kajian lain di pusat-pusat kajian di merata dunia juga mendapati hasil kajian yang hampir sama, di mana amalan seks yang kerap akan menyebabkan penurunan tekanan darah diastolik kepada subjek, serta kepada "partner" masing-masing. Ada kajian pula mengatakan bahawa kekerapan "pelukan sayang" akan menurunkan tekanan darah yang konsisten kepada wanita.


2. Seks akan meningkatkan Imuniti.
Amalan seksual yang baik akan menghasilkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Melakukan seks sekali atau dua kali seminggu didapati akan meningkatkan penghasilan immunoglobulin A (IgA), yang berfungsi dalam menghindarkan penyakit, seperti demam, selsema dan batuk (patut la aku demam sekali aje dalam 18 bulan sebelum ni erk?). Saintis di Wilkes University di Pennsylvania melakukan kajian dengan mengambil sampel air liur (yang mengandungi IgA) daripada 112 pelajar universiti dan merekodkan kekerapan mereka melakukan seks (orang Islam jangan memandai nak buat seks sesuka hati sebelum kahwin ha!) - hasil kajian mendapati bahawa subjek yang melakukan seks sekali atau dua kali seminggu mempunyai tahap IgA yang lebih tinggi daripada 3 kumpulan yang lain, iaitu kumpulan, 1. mamat/minah gersang 2. seks kurang daripada sekali seminggu, dan 3. seks tiga kali atau lebih seminggu. Maknanya tu brader, seks sekali-dua seminggu tu yang terbaik - kalau dah sampai melecet, wadehel? Dah jadi "sexual stress" la pulak.

3. Seks membakar kalori.
Melakukan seks selama 30 minit akan membakar 85 kalori atau lebih - bergantung kepada style si mamat dan si minah, sama ada bersenggama secara lemah-lembut lovey-dovey atau tonggang-terbalik bagai nak rak sampai jatuh katil. 85 kalori tu sebenarnya sket aje tu, tapi kalau ko kira setahun ada 52 minggu, dua kali seminggu - itu dah jadi 8,840 kalori, dan kalau bukan 85 tapi 300 kalori satu session sampai cadar koyak, itu dah 31,200 kalori setahun dah tu bang... Amacam? Aku slim wei! But anyway, perlakuan seks adalah salah satu kaedah senaman yang sangat baik dan berkesan di dalam aspek fizikal dan psikologikal - dan pastikan amalan seks tersebut adalah amalan seks yang sebaiknya (meaning, dah kahwin, "with love", tanpa paksaan), kerana jika ianya seks di luar batasan yang sewajarnya, ia akan menjadi beban psikologi kepada seseorang itu, dan akhirnya ia tidak akan mencapai apa yang kita harapkan, iaitu ketenangan dan kebahagian.

4. Seks meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Ramai pakcik-makcik yang veteran teragak-agak melakukan seks kerana khuatir ianya boleh menyebabkan angin ahmar (stroke) - tapi kajian menunjukkan bahawa keadaan sebegini adalah tidak benar. Satu kajian di England yang dilaporkan di dalam Journal of Epidemiology and Community Health yang melibatkan sampel kajian seramai 914 orang lelaki yang dipantau selama 20 tahun, mendapati bahawa kadar stroke tidak berkait dengan kekerapan amalan seks di kalangan sampel kajian. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan bahawa amalan seks dua kali atau lebih seminggu akan menurunkan kadar sakit jantung (heart-attack) kepada separuh (drop 50%) berbanding dengan kumpulan sampel yang melakukan seks kurang daripada sekali sebulan. Jadi, kepada yang dah berjanggut putih dan dah tak berambut lebat lagik dah tu - jangan risau tuan-puan, teruskanlah aktiviti seks anda sampai semua gigi anda gugur. Tarak gigi tak bermakna takleh buat seks... errrrr... ada orang suka orang takde gigi - ada special skill di situ.

5. Seks meningkatkan daya jati-diri.
Jati-diri=self-esteem ek? Atau maknanya "harga-diri"? Anyway, sex increased one's self-esteem. Kajian yang dilaporkan di dalam journal Achives of Sexual Behavior, yang dilakukan di University of Texas, mendapati kesan peningkatan jati-diri adalah salah satu sebab kenapa manusia melakukan hubungan seks. Manusia buat seks sebab ianya akan meningkatkan rasa bahagia dan kepuasan dalam kehidupan. Mereka yang melakukan seks secara baik juga bermula dengan perasaan jati-diri yang tinggi, dan dengan adanya amalan seks tersebut, perasaan jati-diri itu akan meningkat lebih lagi. Jika amalan seks bermula dengan kasih-sayang, ada hubungan yang intim dan dalam keadaan yang sepatutnya (bukan hanky-panky), maka ianya akan menjadikan hidup seseorang itu lebih bermakna dan lebih bahagia. Mamat atau minahnya mungkin jugak kelihatan lebih "confident", dan mungkin gak nampak hensem atau cun dan berseri-seri... sebab dia senyum dan tersengih selalu. They probably shagged their heart out the night before.

6. Seks meningkatkan keintiman.
Amalan seks, serta adanya inzal (orgasm) akan meningkatkan jumlah hormon oxytocin (a.k.a. the love hormone) di dalam badan, sekaligus membantu proses keintiman dalam perhubungan pasangan dan meningkatkan tahap kepercayaan di antara mereka. Pengkaji di University of Pittsburgh dan University of North Carolina, melakukan kajian ke atas 59 wanita premenopausal, di mana paras hormon oxytocin diperolehi sebelum dan selepas "pelukan mesra" daripada suami masing-masing. Kajian mendapati lebih kerap dan lebih lama "contact", maka lebih tinggi paras oxytocin. Oxytocin mempunyai kesan yang mempengaruhi perasaan seseorang untuk berkasih-sayang dan untuk percaya dan mempercayai di antara pasangan suami-isteri. Paras oxytocin yang tinggi juga boleh menyebabkan seseorang itu lebih murah hati (generous) kepada pasangannya - so, kalau ada korang yang terasa, "pehal tiba-tiba aku ajak wife aku pegi shopping sakan?" Maknanya ko dah kena jadi lauk dah dengan bini ko tu beb (well, in a good way). Don't worry about it, it's good for ya.

7. Seks mengurangkan kesakitan.
Jika paras hormon oxytocin meningkat, di dapati paras endorphins juga akan meningkat dan ini akan menurunkan apa-apa kesakitan yang dirasai, for whatever reason. Contohnya, migraine, arthritis atau PMS - kalau ada seks, sakit ada kurang bang/kak. Tak payah makan ponstan selalu erk? Dalam kajian yang dilaporkan dalam journal Bulletin of Experimental Biology and Medicine, 48 orang sukarela yang diberikan wap yang mengandungi oxytocin, dan selepas itu dicucuk dengan jarum di jari (macam ambik glucometer gitu) didapati terdapat penurunan "pain threshold" lebih daripada separuh. Jadi, kepada pasangan yang berhempas-pulas malam tadi (you know, malam sumaat...), dan pagi ni ada sakit pinggang - sakit pinggang tu sure lagi teruk kalau korang tak buat seks semalam... uik! Apekebendanya? Catch-22.

8. Amalan seks mengurangkan risiko kanser prostate.
Kekerapan memancut... err... inzal, khasnya semasa seseorang lelaki itu masih muda dalam umur 20-an, akan mengurangkan kadar insiden kanser prostate di hari tua. Itu la, Islam mengalakkan umatnya kahwin masa muda-muda, rupanya ada maksud yang tersirat tu bang. Kajian di Australia yang dilaporkan di dalam British Journal of Urology International, di kalangan pakcik-pakcik tua yang dah kena kanser prostate, mendapati bahawa tiada kaitan di antara kanser prostate dengan jumlah pasangan seksual semasa mereka berumur 30-an, 40-an dan 50-an, tetapi terdapat penurunan risiko kanser prostate sebanyak sepertiga jika lelaki tersebut mengalami 5 atau lebih ejakulasi seminggu. Dalam satu kajian yang lain pula yang dilaporkan di dalam Journal of American Medical Association, mendapati kekerapan ejakulasi melebihi 21 kali sebulan, juga dapat mengurangkan kadar insiden kanser prostate, berbanding dengan kekerapan ejakulasi hanya 4 hingga 7 kali sebulan. Walau bagaimana pun, jangan la bersenggama dengan tangan sendiri, untuk kasi pancut 5 kali atau lebih seminggu...  ek brader? Sampai bila budak botak tu asyik nak kena belasah dengan samseng lima orang tu beb? Kahwin cepat-cepat... bila dah mampu. It's good for ya.

9. Amalan seks menguatkan otot dasar pelvik.
Untuk wanita, dengan melakukan senaman otot pelvik (Kegel exercise) semasa melakukan seks boleh memberikan beberapa manafaat. Si pompuan akan rasa seronok, tapi yang lelaki akan lagik hyper-seronok kalau ko kemut dia Joyah oi! Dengan kerap mengemut (biar kasi barang mamat tu lemas, tersepit dan leleh), wanita akan dapat mengurangkan risiko "incontinence" (kencing takleh tahan, selalu bocor) di hari tua,  dan rahim juga kan lambat jatuh (atau kekal utuh sampai masuk kuboq). Takdo susah yah... ko kemut aje otot tu. Kiranya macam ko nak menahan kencing gitu... kira dalam hati 1,2,3 dan lepas. Pelvik ko akan jadi kuat, dan si mamat akan senyum lebar dan tak menyesal kahwin dengan ko. Dua tiga hari lepas tu, sure dia akan mintak kemutan maut ko tu lagi... so, don't shy shy. Kasi aje 5-6 round kemut sampai mamatnya pengsan.

10. Seks membantu untuk tidur nyenyak.
Aku selalu kasi alasan kat bini: "malam ni susah pulak rasa nak tido beb - abang tak rasa mengantuk laaa... mintak ubat tido bleh?" Jumlah oxytocin yang lebih banyak dirembes keluar selepas seks hebat dan rakus (no, no... seks biasa-biasa jek pun tak apa) akan membantu manusia untuk rehat dan tidur dengan nyenyak, mengikut kajian sains perubatan. Dan tidur yang cukup pula dikaitkan dengan banyak kebaikan lain, seperti mengekalkan tekanan darah yang stabil dan dapat pula mengawal berat badan dengan baik. Kalau sapa-sapa ada pasangan yang asyik mengantuk aje keje nya, lembik dan tak aktif, mungkin mamat atau minah tu badannya tak berapa sihat - tak cukup seks tuh. Kasi la cukup-cukup beb... jangan la kemut bebenor. It's good for ya.



Rumusan Aidid Mu'addib: Buat seks bebanyak wei! Atau cenggini, ko ambik gitar, ko tune sket-sket, dan start greng greng greng... tak pandai takpe, janji tahu chords yang betul, janji ko kasi bini ko tu leleh bila mendengar tusukan bunyi "love song" ko tuh... lagu-lagu cintan gitu beb! Kasi dia cair, pastu apa lagik... hump it baybeh! It's good for ya.

Sumber:Blog Aidid Muaddib.

No comments: