Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

26 February 2012

Syukur Saya Lebih Cantik Dari J-LO – Wardina

Alor Gajah – Selebriti tanahair terkenal, Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.
Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.
“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.
“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) di sini hari ini.
Selain itu, beliau turut menyarankan kepada para muslimah khususnya golongan remaja agar memelihara kecantikan yang dikurniakan Allah kepada mereka dengan menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak.
Wardina turut menasihati para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang hadir di situ agar bijak berfikir dan beridea kritis untuk membina kehidupan yang lebih bermakna.
“Di dalam Al-Quran, kita diminta oleh Allah supaya banyak berfikir dan kita perlu punya pemikiran kritis untuk menjadikan hidup kita lebih menarik dan bermakna,” katanya lagi
 
Wardina dijemput penganjur ICE 2012, pelajar-pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Multimedia UiTM Melaka untuk mengisi slot program berkenaan dan berinteraksi bersama para hadirin yang memenuhi ruang Kompleks Dataran Pahlawan tersebut.
Meskipun diberikan masa yang singkat, Wardina jelas hebat dengan berada di kelasnya yang tersendiri apabila menggamatkan majlis dengan telatahnya yang mencuit ramai peminat untuk mengerumuni beliau dan mendengar celotehnya.

Sumber MynewsHub

No comments: