Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

04 April 2012

Z Untuk Zakar

Lihat Buku Kanak-kanak Yang Kami Jumpa : Z Untuk Zakar


Semasa berjalan-jalan di sebuah hipermarket di Cheras semalam, penulis terjumpa sebuah buku yang mengajar anak-anak yang membaca …
Yang penulis tahu, masa kecil dahulu kalau tidak silap cikgu penulis mengajar Z untuk zebra.
Tapi buku yang penulis jumpa mengajar…Z untuk zakar! Adussss…
Perlukah budak berumur 5 atau 6 tahun diajar Z untuk zakar?
Bodoh ke apa penerbit buku itu.
Memanglah secara teknikal zakar dieja dengan permulaan huruf z, dan secara teknikal betul la apa yang dicetak itu, namun seperti yang
penulis cakap, perlukah tulis macam tu?
Apa takda benda lain ke nak buat contoh. Kalau bagi contoh Z untu zorro pun lagi elok la banding dengan zakar.
Ini betul-betul takda etika dan kawalan kualiti di pihak syarikat yang menerbitkan buku berkenaan.
Dan hipermarket yang jual buku itu sama-sama samdol dalam kes ini.
Ini adalah contoh otak letak kat lutut, kalau bukan kat tempat z tu!
Penulis tak perlu nak jadi pakar psikologi untuk memberitahu contoh-contoh seperti yang terkandung dalam buku itu hanya memberikan
pemahaman yang tidak perlu kepada kanak-kanak.
Perlu ke budak perempuan atau lelaki 6 tahun belajar mengeja zakar?
Kalau pembaca di Mynewshub.my membaca benda-benda seperti itu takpelah, pasal semua dah besar panjang. Ini takkan bebudak hendak didedahkan dengan perkara seperti itu.
Pembaca yang bujang mungkin dapat tangkap maksud penulis, dan penulis yang memang ada anak usia 5, 6 atau 7 tahun yang baru hendak belajar membaca, pastinya lebih memahami tahap kebodohan penerbit buku berkenaan.
Pihak yang berkenaan dan kementerian berkenaan terutama yang berkaitan dengan hal ehwal pengguna, sila la turun bawah buat kerja lebih sikit.
Jangan anak-anak kecil dirosakkan secara halus.
Dan tolong perjelaskan camna buku begitu boleh terlepas ke pasaran?

Sumber MynewsHub
P/S: Pening..penerbit buku ni memang mangkuk ayun...hehe..AL paparkan disini untuk maklumat pembaca..

No comments: