Tahukah anda Perarakan Legalisasi Ganja Global diajurkan pada setiap sabtu pertama bulan Mei. Perarakan tahunan ini diilhamkan oleh Dana Beal, seorang aktivis yang mahukan ganja dilegalisasikan penjualannya. Sejak 1999, 738 buah bandar dari 64 negara telah menganjurkan perarakan legalisasi ganja mereka. Tahun ini hari perarakan berlangsung semalam dan sebanyak 153 bandar mengambil bahagian. Di Asia perarakan hanya diadakan di Jakarta. Di Malaysia aku rasa perarakan sebegini mesti tak akan dapat permit. Kalau perarakan mahu undi bersih pun kena belasah apakan pula perarakan mahu dadah diharamkan. Dibawah ialah beberapa gambar dari perarakan tahun ini yang diambil Lisbon, Kanada dan Columbia. Mereka mempunyai beberapa alasan mengapa ganja tidak harus diharamkan.
Sebagai contoh di Columbia aktivis mahu ganja dihalalkan penjualannya bagi mengikis pengaruh kartel dadah. Jika dadah tidak diharamkan, sesiapa sahaja boleh menanam ganja dan sumber kewangan kartel yang ganas boleh dikurangkan. Apa yang pasti menurut kajian saintifik ganja mempunyai pelbagai kesan positif. Ianya agen anti kanser dan jika digunakan sebagai ubat tahan sakit tidak meninggalkan kesan jangka panjang yang bahaya seperti ubat konvensional. Bagaimana pula dengan anda? Mahukan ganja dibenarkan penjualannya di Malaysia atau percaya dengan propaganda big pharma yang mengatakan ganja itu merbahaya? Educate yourself dan legalise weed now!
AL like..tp dh lama buang menatang ni jauh2..urine sangkut wo..line xclear!!!!!!..hehe
Sumber Blog serius
No comments:
Post a Comment