Aku tak tahulah apa nak jadi dengan sistem pengadilan negara kita sekarang.
Kenapa kena ada double standard dan pilih kasih dalam menguatkuasakan undang2?
Mengikut sumber di TheMalaysianInsider:
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.
“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.
“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).
. . . . .Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.
Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.
Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.
So masa depan mereka je yang terjejas? Orang2 lain yang buat kesalahan masa depan diorang tak terjejas? Adam Adli yang kena gantung beberapa semester di UPSI, Khalid Ismath pernah kena masuk balai, Muhammad Ammar kena buang kolej, mereka ni takde masa depan ke?
Ok lihat kes seorang pemain tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan yang merogol gadis bawah umur yang terselamat dari hukuman atas alasan 'dia mempunyai masa depan yang baik'.
Masa depan lagi... dan tak tahu pulak aku umur 22 tu dikira masih muda untuk
dikenakan hukuman penjara. Sekarang ni boleh main lepas hukuman atas alasan masa
depan sahaja. Aku pun tak tahu macam mana seseorang itu boleh diklafikasikan
sebagai ada masa depan atau tidak. Ramai je yang duduk dalam penjara, maksudnya
mereka semua tu takde masa depanlah. Yang ada masa depan mana boleh dikenakan
hukuman dan masuk penjara. So lepas ni kalau korang kena tangkap atas apa2
kesalahan, cakap je yang korang tak patut dikenakan hukuman atas alasan anda
masih muda, ada pekerjaan dan masa depan anda akan terjejas, so mungkin anda
akan terlepas.
Seriously, kalau semua kesalahan boleh guna alasan masa depan akan terjejas untuk lepaskan diri dari hukuman, apa guna ada undang2 dan ada penjara, yelah kalau nak diikutkan logik semua orang pun ada masa depan, malah orang yang hanya berkelulusan SPM sahaja pun ada masa depan, hatta penagih dadah pun ada masa depan, pencuri perompak pun ada masa depan. So SKMM pun rasanya dah boleh dibubarkan lah, yelah nak ambil tindakan pun rasa keberatan, kasihan.
Seriously, kalau semua kesalahan boleh guna alasan masa depan akan terjejas untuk lepaskan diri dari hukuman, apa guna ada undang2 dan ada penjara, yelah kalau nak diikutkan logik semua orang pun ada masa depan, malah orang yang hanya berkelulusan SPM sahaja pun ada masa depan, hatta penagih dadah pun ada masa depan, pencuri perompak pun ada masa depan. So SKMM pun rasanya dah boleh dibubarkan lah, yelah nak ambil tindakan pun rasa keberatan, kasihan.
Tapi yang paling ada masa depan dah tentunya ahli politik terutama yang
berbaris. Biarlah kantoi dengan video seks pun masih tiada apa2 tindakan, malah
masih boleh jadi pemimpin parti, mencampuri urusan agama Islam pun takde kawan buat dek je. Tu
belum cerita mereka2 yang terlibat dengan rasuah, kantoi dengan gambar2
berpeleseran dengan perempuan2, di kelab2 malam, minum arak, mana ada orang
kisah, tindakan lagi la langsung tidak diambil, boleh je lagi pegang jawatan
yang besar2. Yelah nak buat macam mana, mereka kan ada masa depan yang baik,
buat jelah apa pun.Sebenarnya apa kesan buruk dengan terlepasnya individu dari undang2 hanya kerana
memikirkan masa depan mereka? Bila berlaku lagi kes seumpama ini di masa akan
datang seperti kes rogol budak bawah umur, ataupun kes rakyat Malaysia membuat
dan mengedar video atau gambar lucah, ataupun apa2 sahaja kesalahan yang
berkaitan, mereka boleh guna kes2 terdahulu sebagai reference untuk melepaskan
diri mereka, sekiranya mereka masih dikenakan hukuman, mereka boleh lawan dan
mengatakan yang hukuman kepada mereka sebagai tidak adil dan double standard, so
ia sebenarnya amat merosak dan merugikan sistem perundangan di negara kita.
Dan kini yang terbaru pelakon porno amatur homemade Alvin Tan dan Vivian tu dah
dipanggil temuramah di stesyen radio Red FM dan Capital FM dan mereka mungkin
bakal menjadi pelakon. Mungkin beberapa tahun lagi anda boleh tengok mereka di
carpet merah Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang
Popular Berita Harian tercalon dalam mana2 kategori pelakon
porno lelaki/perempuan baru terpopular/terbaik.
Dan ironinya... seorang pelajar undang2 tidak peduli pasal undang2, malah tidak
kisahpun kena buang dari universiti, sanggup mengabaikan pelajaran dan kelulusan
akademik yang boleh melayakkan dirinya menjadi peguam, hakim atau penguasa
undang2 yang boleh menjamin masa hadapannya, hanya kerana dia memilih nak jadi
porn star dan buat blog lucah, sesuatu benda yang takkan mendatangkan sebarang
keuntungan jangka panjang ataupun hanya memberi keuntungan jangka pendek. Oh
tapi mungkin menjadi pelakon adalah masa depan mereka.
So sesapa yang nak jadi pelakon dan terkenal dalam jangka masa singkat, silalah rakam video lucah dan pastikan anda punya masa depan.
So sesapa yang nak jadi pelakon dan terkenal dalam jangka masa singkat, silalah rakam video lucah dan pastikan anda punya masa depan.
Sumber dari Buasir Otak
No comments:
Post a Comment