Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

03 May 2013

TANGGA MUSTAHIL DI PERGUNUNGAN HUASHAN

Bukan untuk si gemuk.

Pergunungan Huashan ialah sebuah pergunungan yang dianggap suci oleh penganut Taoism. Gunung yang terletak di Provinsi Shanxi ini dikatakan sudah mula dilawati sami Tao sejak tahun 2 sebelum masihi. Selama lebih 2000 tahun, penganut Tao datang kesini bagi melihat sendiri gunung yang dikatakan tempat tinggal dewa akhirat. Pergunungan Huashan ini juga terkenal kerana kewujudan tangga-tangga yang mencabar kemampuan pendakinya. Tangga sepanjang 6 kilometer ini dipercayai digunakan sejak ribuan tahun bagi menguji kemampuan dan keimanan sami Tao yang cuba sampai ke puncak gunung Huashan setinggi  1604 meter. Sekitar 1980an ianya menjadi adat bagi golongan pelajar untuk memanjat tangga ini bagi menguji kemampuan diri mereka. Kerana jumlah kemalangan dan kematian yang meningkat, kerajaan cina membina beberapa tangga moden yang kurang merbahaya. Mereka juga membina kereta kabel pada tahun 1990 bagi memudahkan pengunjung tiba di puncak gunung. Sungguhpun begitu setiap tahun masih berlaku kematian kerana ada pengunjung yang berkeras mahu mendaki anak tangga yang "mustahil" untuk di daki ini. Crazy! 





No comments: