Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

19 March 2014

Mari Bantu Mencari Pesawat MH370 : Peta Terkini Kini Boleh Anda Akses



Adakah anda mahu membantu proses mencari pesawat MH370? Duduk depan komputer sekarang? Bagus! Digital Globe, syarikat pengimejan angkasa lepas dunia kini memberikan akses imej terkini yang diambil mereka di kawasan persekitaran hilangnya MH370 Sabtu lalu. Kawasan seluas 300 batu persegi ini merangkumi Laut Cina Selatan dan juga Teluk Siam. Imej dari satelit ini diambil menggunakan dua buat satelit milik mereka beberapa hari yang lalu. Pada awalnya imej satelit terkini ini hanya diberikan kepada pasukan Cari dan Menyelamat dari pelbagai negara yang kini masih aktif mencari pesawat milik Penerbangan Malaysia ini. Mari lakukan sesuatu untuk membantu proses mencari pesawat ini. Jangan hanya jadi keyboard warrior mengutuk kegagalan pasukan SAR mencari pesawat yang sudah hilang lebih dari 4 hari ini.

Anda boleh mengkases peta terkini kawasan lautan tersebut melalui laman sesawang TomNod. Pihak Digital Globe melaporkan sudah terdapat ribuan sukarelawan yang membantu mencari serpihan pesawat ini di permukaan laut. Tunggu apa lagi? Lakukan yang terbaik. Do the right thing! Be a man!




Sumber

No comments: