Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

17 March 2014

MH370 Dan Masalah Sampingan





Lepas satu…, satu masalah, timbul ! Dirancang atau bala daripada Allah???!!!….


MH370 Dan Masalah Sampingan

*Amaran! Artikel ini mengandungi unsur provokasi. Diharap bertenang ketika membacanya.

Assalamalaikum warah matullahi wabarakatuh.

Media di negara kita masih menyiarkan laporan dan berita terkini tentang insiden pesawt MAS MH 370 yang hilang dan dah masuk hari ke lima....

1. Apa kita nak buat sekarang? Hujan masih tak turun lagi. Aktiviti pembenihan hujan dihentikan oleh kerajaan untuk memberi laluan kepada aktiviti menyelamat  pesawat yang hilang itu. Patut ke kita abaikan keperluan rakyat jelata sebab nak ambil hati negara-negara lain dalam misi menyelamat ni? Berapa banyak kerajaan perlu mengeluarkan bajet untuk meneruskan misi ini?

2. Ada sumber media yang mengatakan sebanyak lebih daripada 40 buah kapal dan 22 buah kapal terbang yang digunakan dalam misi mencari pesawat yang hilang itu! Oi, banyak tu! Percuma ke? ( Walaupun dikatakan bantuan daripada negara luar termasuk Amerika Syarikat).

3. Sekarang dengar khabar dah bertambah lagi dengan penyertaan negara-negara lain seperti Doha, Qatar dan India. Macam nak perang besar je???!!! Pegawai-pegawai kerajaan Negeri China pun makin bertambah yang datang tu. Macam kerajaan Malaysia ni tak boleh harap pulak dah!

4. Wartawan dari dalam dan luar negara buat liputan kadang-kadang tak sama. Nak kesahihan berita pun kena tunggu sidang media. Bila ditanya. KPN pun teragak-agak. Apa sebenarnya yang berlaku ni?

5. Kenapa insiden yang berlaku ni diberikan tumpuan sedangkan isu air yang semakin meruncing tak dipedulikan langsung? Rakyat yang akan mengalami catuan air tak penting lagikah? Semua rakyat Malaysia diminta solat hajat dan berdoa supaya jumpa balik pesawatMH 370 tu. Siapa yang mengarahkannya? Media ke P.M.?

6. P.M. lah yang sepatutnya mengetuai solat hajat ni bersama Kak Ros kan? Bukan dok salam ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang hilang tu je! Pemimpin kerajaan atau dari pemimpin agama Islam mana yang nak ajak rakyat Malaysia solat hajat minta hujan sedangkan air empangan di Lembah Kelang ni dah nak habis?

7. Khabarnya hujan dijangka turun pada pertengahan bulan ni tapi sementara tu apa yang kerajaan boleh buat untuk rakyat? Kalau tak hujan jugak, apa nak buat? Nak kena beli pam dan sedut air bawah tanah untuk setiap rumah ke? Kalau orang kaya tak pe jugak! Kalau golongan seerhana dan miskin ni macam mana? Kenape tak guna submarine kita dalam pencarian pesawat tu? Submarine yang harganya berbilion-bilion tu nak jadikan muzium ke atau tukun? Sape nak jawab? Tuk Hid ke Tuk Din?

8. Kalau benar insiden ni bukan seperti yang dikatakan oleh KPN, bermakna kehilangan pesawat MH370 memang satu ketentuan daripada Allah SWT, tuhan sekalian makhluk. Saya tertarik dengan kenyataan seorang juruterbang yang menyatakan walau secanggih mana teknologi yang dibuat oleh manusia tetapi kita mesi tunduk kepada kekuasaan dan ketetapan Yang Maha Pencipta alam ini.

9. Hanya Allah yang tahu perkara yang ghaib. Manusia macam mana hebat sekalipun tak mampu menahan atau menghalang kuasa Allah SWT. Kita boleh merancang tetapi Allah saja yang menentukan sama ada rancangan kita boleh berjaya atau tidak.

10. Ada pihak mengatakan ni sebenarnya dakyah kuasa besar yang kita semua tahu dan bersekutu dengan musuh Islam. Untuk nak kawal dunia, Amerika Syarikat dan sekutunya mesti mengalahkan musuh tradisinya iaitu Russia dan negara komunis yang lain. Sekarang pihak ni nak memikirkan macam mana nak menghancurkan musuh yang paling hebat dalam dunia Islam yang mempunyai kuasa nuklear iaitu Iran.

11. Pihak ni meminta supaya Kerajaan Malaysia mengapi-apikan orang Islam dengan memecahkan perpaduan orang Islam dengan melalui fahaman yang berbeza iaitu antara Mazhab Syafie dan Syiaah. Kemudian mereka yang dilantik uantuk menghasut orang Islam menjalankan jarum merka dan mengatakan Syiaah ni sesat dan tempatnaya lebih dahsyat daripada kedudukan Firaun di dalam neraka nanti.

12. Kalau mereka ni yang memuliakan Rasulullah dan keluarga serta keturunannya dituduh sebagai sesat, jadi orang yang menentang orang memuliakan Rasullah SAW ni sebagai siapa dan di mana kedudukan mereka di akhirat nanti?

13. Macam mana dengan kedudukan Bomoh V.I.P. dan V.P.I nya sekali dalam Islam? Adakah mereka ni tak bersalah mengamalkan perkara kurafat dan menghina ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah? Baru sekarang JAKIM nak bertindak? Buat malu orang Islam saja!

14. Mereka nak menuduh Iran yang jadi dalang di sebalik insiden kehilangan pesawat MH 370 jadi rakyat China dan Malaysia akan mengamuk dan membenci serta mengutuk Iran. Malaysia tak boleh nak kata apa-apa. Mungkin dah kena ugut kot! Jadi, buat baik kepada mana-mana pihak yang patut!

15. Tengoklah cara pemimpin dah pihak keselamatan Malaysia menjawab soalan para wartawan dari dalam dan luar negara dalam sidang media. Hanya menjatuhkan kredibiliti mereka saja! Nampak P.M. macam atau betul-betul tak faham apa soalan yang diajukan oleh wartawan-wartawan tu!. Ketua Polis Negara cakap bukan main tegas lagi tentang fakta yang dikatakan tetapi Hishamuddin pulak cerita lain.

16. Rasanya semua wartawan kat sidang media tu tak puas hati dengan jawapan yang disampaikan oleh pihak kerajaan. Kalau macam ni jawapan daripada pihak yang menjaga keselamatan negara, memang senanglah kuasa luar nak buat apa-apa saja kepada negara ni. Kalau kes Lahad Datu dulu bukan main tegas lagi, tapi kes kali ni, dah tak tahu nak jawab dan bila jawapan diberikan, bukan wartawan je yang tak puas hati malahan sape yang dengar pun sakit hati.

17. Kalau tak boleh bagi fakta buat apa buat sidang media? Persoalan ni masih tak dapat kepastian! Inilah antara pandangan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan berharap agar insiden ini akan ada penghujungnya yang baik.

Sungguhpun begitu, kita juga perlu berhati-hati dan berjaga-jaga dengan bersatu hati tanpa mengira kaum atau agama untuk mempertahankan negara kita daripada segala ancaman dan musuh durjana.

Sekian, wassalam.


-Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera.

No comments: