Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN
22 Mac 2011, 3.00 petang
KEADAAN DI JEPUN
1. Pada 21 Mac 2011, jam 6.30 petang, waktu Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiyo Amano melaporkan kepada Lembaga Gabenor IAEA bahawa keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi. Bagi mempercepatkan pertukaran maklumat dan meningkatkan ketelusan, beberapa pegawai IAEA telah berlepas ke Jepun sebagai pegawai penyelarasan bantuan, pegawai perhubungan dan pegawai tambahan di dalam pasukan pemonitoran sinaran sekitar kawasan Fukushima.
2. Penyelarasan dengan agensi lain di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah dibuat iaitu dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Comprehensive Test Ban Treaty Organization (CTBTO) yang berkongsi data pemonitoran radiologinya. Penyelarasan ini dapat membantu dari aspek kepantasan tindakan dan pengeluaran maklumat.
3. Kedutaan Besar Jepun di Vienna dan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia masing-masing telah memberi penjelasan khas kepada Kedutaan Besar Malaysia dan Perwakilan Khas kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vienna serta wakil-wakil dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Malaysia berhubung bacaan sinaran di Tokyo yang menunjukkan kadar yang jauh lebih rendah dari nilai yang membahayakan manusia. Manakala bacaan di sinaran di Kyushu dan Okinawa tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang ketara. Sehubungan dengan itu, kemalangan di Jepun tidak memberi kesan ke Negara-negara jirannya termasuk Malaysia. Jepun berharap dengan penjelasan yang telah diberikan ini akan dapat memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.
4. Berdasarkan ramalan oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia, bagi tempoh sehingga 24 Mac 2011, pergerakan sebarang bahan cemar radioaktif iodin yang terlepas dari logi nuklear Fukushima untuk tempoh 72 jam dari tarikh 21 Mac 2011 adalah ke arah selatan sehingga 23 Mac 2011 dan kearah tenggara/timur pada 24 Mac 2011. Untuk tempoh tersebut sebarang pencemaran radioaktif iodin jika ada adalah di sekitar Jepun dan perairan berdekatannya dan tidak akan sampai ke Malaysia.
Dipetik dari laman web rasmi Agensi Nuklear Malaysia.
Harap2 tak sampai..apapun jangan la maklumat begini tentang risiko di diamkn oleh pihak berkenaan..kitapun dh kena amik langkah berjaga-jaga.Kurangkan aktiviti kurang sihat di luar...hehe
2 comments:
serious.....
memang serious...huhu
Post a Comment