Posting ni AL share dari blog H.A.T.I yang AL kira cukup sadis dan menyayat hati.Luahan perasaan menyesal tidak membeli insuran..AL pun ada kisah AL yang terjadi kat anak berkenaan insuran.Tapi kali ni AL nak share nukilan dari blog disebut diatas...Sama2 kita ambik iktibar, dan AL sendiri dalam proses ingin mengambil polisi insuran untuk AL setelah ambik untuk anak sulong AL...
Assalamualaikum..Kali ni saya nak share
kepentingan memiliki insurans diri & jugak buat org2 tersayang. Saya ingin
berkongsi berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Bagi saya insuran untuk diri,
anak-anak & org y kita sayangi sgt penting jika sesuatu y x diingini menimpa
pada diri kita & keluarga kita. Sebagai contoh, jika kita jatuh sakit secara
tiba-tiba, dengan adanya insurans diri ianya dpt menampung @ cover masalah
kewangan melibatkan perubatan.
Jangan jadi seperti saya, menangis air mata
darah sekalipun dah x berguna lagi. Dalam thn 2009 mcm tulah, saya ingin membeli
insurans diri utk diri sendiri. Tapi bila isi form & diselidik, saya mmg dah
x layak untuk join mana2 insurans sekalipun kerana penyakit saya tersenarai dlm
list , melainkan jika saya ambik insurans tu sblum disahkan sakit, mmg
layak!
Inilah kesusahan diri yang terpaksa saya alami
setiap kali melibatkan kos rawatan perubatan y besar untuk diri sendiri. Selagi
diri masih sihat & tidak mempunyai penyakit2 kronik y diblacklist oleh
insurans, saya sarankan ambiklah insurans demi masa depan. Saat saya nak ambik
insurans kesihatan untuk diri saya dulu, semuanya sudah terlewat. Sebab
penyakit2 y sy hidapi ni tersenarai dalam penyakit kronik y diblacklist oleh
agen insurans... melainkan, jika masuk dulu insurans & selepas itu baru
disahkan mempunyai penyakit, barulah insurans akan cover.
Kita bukanlah sesiapa.... mana nak cari duit
serta merta. Kalo kita Perdana Menteri, Raja, Jutawan mahupun sesiapun...pasti
kita tidak akan teraba-raba untuk mencari duit demi perubatan untuk kesihatan..
Tapi,, org kenamaan, jutawan pun pasti akan memiliki insurans perlindungan diri
juga. Sebenarnya, dulu saya memang ada insurans kesihatan... Tapi stop ambik
insurans tu masa umur 12-13 tahun, sbb saya fikir mama saya ibu tunggal..mesti
nak guna duit banyak lagi.. Lagi pun saya sihat walafiat waktu tu.. manalah
tahu, setahun lepas berhenti tu semuanya merubah kehidupan saya bila disahkan
mempunyai ketumbuhan dlm otak.. Dan saat tulah teraba-raba mencari duit utk
biayai perubatan & menjalankan pembedahan. Tapi mujurlah pihak sekolah
prihatin & badan2 kebajikan yang sudi membuat kutipan derma untuk membiayai
rawatan saya saat tu.
Tapi, sehingga kini...serius saya kata... Rasa
semput sgt setiap kali saya jatuh sakit & masuk wad.. Walaupun sy just msuk
hosp gov jer..paling kurang kalo 3-5 hari duk wad, mesti RM500 yang melayang..
Sebab termasuk kos fain berulang alik lagi, pampers untuk saya , makanan &
mcm2... Pernah berlaku, bila kesemua duit gaji saya mmg habis utk kos perubatan
saja semasa di icu bulan 2 baru2 ni.. Perit sgt hidup masa tu.. Belum termasuk
kos berulang alik ke hospital untuk appoitment dgn pakar di Kuantan. Apa2 pun
inilah yang tersurat utk kehidupan saya.. Apa2 pun saya harus redha...&
menerimanya dgn seikhlas hati..Baru jiwa ni akan tenang untuk menghadapi ujian2
mendatang.
Sebab utama
mengapa orang membeli insurans hayat:
1. Untuk melindungi pendapatan
keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan
pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat
yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.
2. Perlindungan kewangan ketika hilang
upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans
hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak -
anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi
terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu
suatu kenyataan.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu
persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah
matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan
kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk
meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.
6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka.
Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri
anda.
7. Sebagai pemberian untuk yang
tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans
hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.
8. Perlindungan perniagaan
keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk
diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan
pengekalan pusaka keluarga.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan
menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau
kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.
Dan...apa y saya coretkan disini bukan utk
meminta simpati @ apa2 shj..Tetapi sekadar untuk memberi gambaran &
perkongsian pengalaman di atas apa y saya lalui betapa pentingnya setiap
individu itu mempunyai insurans diri. Esspecially bila keadaan
terdesak..Sekurangnya ada sumber untuk cover masalah kewangan.. Cam saya kena
bgantung 100% pd gaji saya & Fain.. Dan atas kesilapan saya itu, saya x nak
ianya menimpa pada ank kesayangan saya, asya... Sy & Fain mula membuka acc
bank & ingin membeli insurans perlindungan diri buat asya. Sebab sy rasa
ianya penting.. Saya x nak, asya mempunyai nasib seperti saya.
Boleh p blog beliau untuk lihat gambaq2 beliau...Blog H.A.T.I
No comments:
Post a Comment