Pelbagai berita gembira yang kedengaran sejak
akhir-akhir ini. Pengumuman beberapa projek juta-juta di merata-rata tempat di
seluruh negara. Dan terbaru, tiba giliran 1.4 juta kakitangan awam di seluruh
negara pula menerima “berita gembira” yang dikatakan
bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk
kakitangan awam, melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah
berjaya diselesaikannya.
“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.
Persoalannya apakah berita gembira yang
dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan
1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….
- Adakah semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji sekali lagi?
- Adakah penjawat awam akan menerima habuan bonus sekali lagi sebelum tibanya Pilihanraya Umum ke 13?
- Adakah juga elaun perumahan dan cola berjaya diseleraskan selepas sekian lama?
- Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji 5% untuk yang telah mencapai “gaji mati”?
- Ataupun……adakah penantian selama 15 tahun bakal terlerai dengan akan berlakunya penyelarasan semula bagi J17 selepas permohonan kumpulan? Mungkin?
- Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Kami tidak merasakan ia bakal melibatkan
kenaikan gaji kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan
mengambil kos yang tinggi. Kalau bonus sekalipun, hanya sekali sahaja dan ada
kemungkinannya.
Jadi, apakah harapan dan tuntutan mengenai
isu-isu berbangkit di sektor awam selama ini yang ingin anda keutarakan sebagai
respon balas pengumuman yang bakal Tan Sri Muhyiddin maklumkan tidak lama
lagi?
sumber berita semasa
No comments:
Post a Comment